03 June 2010

Konvoi Gaza : Pimpinan PMRAM Turun Ke BKAN Pahang


pmram.org

KAHERAH, 3 Jun – Meskipun kebanyakkan mahasiswa di Universiti Al-Azhar dan pelajar Perubatan sedang sibuk menghadapi peperiksaan ketika ini, tidaklah menjadi penghalang buat mereka untuk duduk memikirkan bersama-sama hal umat Islam khususnya di Palestin.

Semalam, majlis Solat Hajat dan Qunut Nazilah di Kompleks Rumah Pahang di Hayyu Asyir telah dihadiri pimpinan PMRAM Pusat yang diketuai oleh Presiden PMRAM, Saudara Shahrizan Mohd Hazime.

Majlis yang berlangsung selepas sahaja solat maghrib diimamkan oleh Presiden PMRAM. Kemudian, Solat Hajat dan Qunut Nazilah pula diimamkan serta dibacakan oleh Saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin, Naib Presiden I merangkap Ketua Lajnah Dakwah & Pembangunan Insan PMRAM.

Majlis diteruskan dengan ucapan wakil Badan Pengurus PMRAM, Saudara Mohd Azlan Hj Alias yang merupakan Naib Presiden II yang juga merupakan Badan Pengurus Angkat PMRAM Cawangan Pahang.

Menurutnya, beliau mengucapkan sekalung jutaan tahniah buat seluruh pimpinan PMRAM Cawangan BKAN dan DPM kerana mengutuk serangan yang dilakukan oleh puak Israel Zionis yang tidak bertamadun itu terhadap misi bantuan kemanusiaan antarabangsa baru-baru ini.

Menurutnya lagi, mahasiswa Islam di bumi Mesir perlu bangkit dalam menyatakan tentang sesuatu kebenaran serta tidak boleh takut dengan ancaman manusia.

Sebagai bakal ulamak dan pendakwah yang merupakan pewaris Nabi, mahasiswa Islam perlu menguasai ilmu serta merealisasikan ilmu tersebut untuk terjun ke medan perjuangan yang sebenar apabila pulang ke Malaysia suatu hari nanti.

Dalam pada itu, majlis turut dihadiri Yang DiPertua Badan Kebajikan Mahasiswa Islam Pahang (BKMIP), Mohd Fikri Hamzah , Mohd Zuhaili Saiman (Timbalan Presiden PMRAM) dan Mohd Faizzudin Ghazali (Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM).

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal