16 June 2010

Padan Muka : Kelantan Fiesta 2010 Dipulau Oleh Kerajaan Negeri.. Ini Akibatnya


KOTA BHARU, 16 Jun: Di sebalik pemulauan kepimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada perasmian Kelantan Fiesta 2010 malam ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak hadir pada majlis itu.

Walaupun mengikut jadual asal, majlis itu akan dirasmikan oleh Najib, tetapi beliau digantikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad.

Lebih mengecewakan penganjur bersama program itu, Red Carpet Worldwide, apabila hanya kira-kira 300 sahaja yang hadir dalam suasana hujan lebat yang turun mencurah-curah selepas Maghrib.

Bahkan, ada di kalangan pengunjung yang berpatah balik kerana tidak selesa berada pada majlis itu, ditambah pula bekalan elektrik turut terputus.

Ini menyebabkan sistem pembesar suara gagal berfungsi yang memaksa Mustapa yang juga Pengerusi Perhubungan Umno negeri berucap menggunakan loud hailer.

Petang tadi, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan memberitahu, kerajaan negeri akan memulau majlis perasmian itu yang sepatutnya disempurnakan oleh Pemangku Raja Kelantan dan dihadiri Najib Tun Razak di pekarangan Stadium Sultan Mohammed Ke-IV.

Ini kerana, katanya pihak penganjur mungkir janji dengan tidak membenarkan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berucap.

Tambahnya, penganjur bersama majlis itu, Red Carpet Worldwide Sdn Bhd telah melanggar syarat-syarat perjanjiannya dengan kerajaan negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Adun Bunut Payong berkata, mengikut perjanjian asal, Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra akan merasmikan fiesta itu dan Menteri Besar turut berucap, tetapi keputusan terbaru tidak membenarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berucap di samping tidak dirasmikan oleh Pemangku Raja.

Ekoran itu, jelasnya semua acara melibatkan kerajaan negeri seperti persembahan 1,001 pesilat dan pembuatan gendang terbesar turut dibatalkan.

Sementara itu, Perdana Menteri yang membatalkan untuk merasmikan Kelantan Fiesta itu bergegas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan pada 10.30 malam.

Ekoran itu, RTM turut membatalkan untuk mengadakan siaran langsung.

Namun, RTM dalam Berita Jam 8 masih lagi mewar-warkan keberangkatan Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan untuk merasmikan program Kelantan Fiesta 2010 di samping menyatakan akan menyiarkan program itu secara langsung melalui TV1.

Tindakan terus menghebahkan keberangkatan Pemangku Raja sebagai strategi untuk menarik rakyat Kelantan ke majlis tersebut dan dilihat sebagai tindakan terdesak serta tidak menghormati institusi istana yang jelas melalui surat memaklumkan ‘atas sebab-sebab tertentu’ di mana Pemangku Raja membatalkan hasrat untuk merasmikan karnival itu.

Tindakan Umno negeri yang menaikkan banner dan bunting gambar Najib dan 1Malaysia sebenarnya suatu tindakan menderhaka walapun merasakan itu perancangan terbaik mereka, sebenarnya lebih memualkan rakyat Kelantan yang sememangnya tidak menyahut seruan 1Malaysia

Harakahdaily

12 comments:

adikputeh on June 17, 2010 at 3:26 AM said...

nasib baik allah tak turunkan bala besar seperti yang diturunkan ke atas umat trdahulu akibat mengingkari arahan ALLAH..nampak sangat ALLAH masih sayangkan hamba2Nya..

ALLAHURABBI..

al-keterehi on June 17, 2010 at 5:47 AM said...

setuju ,kawe sokong apo apo yg baik

Jannatulnaim on June 17, 2010 at 6:08 AM said...

ALLAH bg kie peluang untk menilai..

Lutpi on June 17, 2010 at 6:15 AM said...

mana AWOL ngan shaklee? tak nak komen ke?

mR sHakLee on June 17, 2010 at 6:01 PM said...

siapa xkenal dgn sikap pembangkang..suka boikot.. klu pK logik pn tau..dh nme pembangkang..sure la akan boikot, xkan la nk sokong kot :)

Lutpi on June 17, 2010 at 9:21 PM said...

Klu PAS suka boikot prgrm UMNO.

UMNO suka bt "dajal (khianat)" kat puak2 PAS.

Bila Allah dah tunjuk mcm tu masih tak sedor2 lg. Manusia2.

mR sHakLee on June 18, 2010 at 12:56 PM said...

UMNO sk dajal (khianat)?? rabun ke ust lutfi...
klu la UMNO sk wat dajal..xde la imarah kerajaan malaysia utk pelajar2 kat Mesir ni..

yang pelik nye..ape plak y PAS buat utk pelajar di Mesir ni? so siapa lg khianat..ke ada pelajar mesir y xsedar lg :)

Lutpi on June 18, 2010 at 1:06 PM said...

itu kerajaan bt bkn UMNO. Kena beza la UMNO dgn kerajaan. Kerajaan skrng pun bkn dipegang oleh UMNO sorang jer yer... :)

mR sHakLee on June 18, 2010 at 2:09 PM said...

pengetahuan asas ust mmg kurang la..sy terang ckit..parti yg menang piliharaya adalah parti yg memerintah kerajaan.so segala dasar kerajaan kena selari dgn parti :)
so ust xjawab pun ape yg pas buat utk pelajar mesir ni??

Lutpi on June 19, 2010 at 12:07 AM said...

apa UMNO dh bt utk pelajar Mesir?
- kata sHakLee : Membina imarah utk pelajar msia (sume duit kerajaan adalah duit UMNO dan sumer imarah di Mesir adalah hasil titik peluh UMNO). :)

p/s : sbnrnya yg UMNO tlh bt adalah melambakkan bilangan pegawai2 UMNO untuk meng"UMNO"kan seluruh pelajar msia di Mesir.

-Utk PAS boleh lihat 2 negeri di bawah pimpinan PAS sendiri. Kelantan dan Kedah. Mf la ana bkn dr negeri tu, Selangor di bawah PR pon mcm2 dah dpt, zakat naik, ada intergrasi utk bahagian dakwah terus hub di bwh Dr. Hassan Ali, Hubungan dua hala kerajaan negeri di bawah pendidikan dgn kementerian pengajian tinggi Mesir, pelajar2 master mendapat zakat master, pelajar2 yg balk ke negeri selangor akan disub2kan dimn2 sektor kerajaan negeri. mcm2 lg la...

-Nanti bile PAS/PR dah memerintah byk lg sambungan jawapan yg ana akan bg. :)

mR sHakLee on June 19, 2010 at 5:39 PM said...

tapi yang memperkenalkan zakat utk pelajar mesir adalah zaman pemerintahan UMNO :) cume nasib baik pd selangor krn kadar kutipan zakat yg mcecah 200 juta menyebabkan layak utk menaikkan kadar zakat utk pelajar selangor di mesir. bukan krn PR memerintah naik zakat..klu cm2,npe kedah jgk xnaikkan zakat bile PR memerintah kedah??

Dasar pemberian zakat master diluluskan pada zaman pemerintahan UMNO..ust boleh rujuk Lembaga Zakat Selangor (sy telah semak) dan nasib baik krn dilaksanakan zaman PR perintah selangor..

Berkaitan pelajar2 y blik ke negeri selangor akan disubkan dimana2 sektor jgk bukan la jaminan dan xde pekeliling yg keluarkan oleh kerajaan negeri.sy sudah rujuk kpd kerajaan negeri.tq

sila rujuk fakta k.tq ust

ahmad hisyam on June 19, 2010 at 6:58 PM said...

penarikan zakat juga berlaku di zaman pemerintahan UMNO.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal