05 June 2010

Saya Menantikan Suara ISMA Mesir Dan UMNO Kaherah Mengecam Israel


Saya tertanya-tanya, dalam tempoh kebelakangan ini, seperti yang kita tahu, serangan terhadap Misi Bantuan ke Gaza telah membangkitkan umat Islam sedunia.. Termasuk Mesir, dan PMRAM sendiri. Tetapi...

Tetapi ISMA-Mesir dan Kelab Nadi UMNO kelihatan sunyi sepi.. Setiap hari (bermula serangan sehinggalah sekarang), saya membuka kedua-dua laman web ini. Tidak kelihatan sebarang tanda-tanda KECAMAN mereka terhadap serangan tersebut.

Artikel yang bertajuk "Mumtaz, Hadiah buat Ummat" adalah artikel yang bagus untuk motivasi, tetapi ia tidak dilihat sebagai satu suara MENGECAM tindakan Israel. Ia adalah dorongan motivasi untuk kejayaan Islam akan datang. Tetapi adakah ini bermakna kita perlu diam ketika ini?

Di Malaysia, alhamdulillah, ISMA antara NGO yang bersuara. Tetapi di Mesir?.. Kelab UMNO Jordan pun sudah mengeluarkan kenyataan rasmi mengecam tindakan Israel.. Tapi, Kelab UMNO di Mesir? Sunyi sepi..

Saya harap, ISMA Mesir dan Kelab UMNO Kaherah dapat bersuara menegakkan kebenaran. Kita sama-sama mengaji agama. Paling kurang, bersuara sket dalam web. Dan, jangan isu serangan ni je yang kita lantang, bahkan semua agenda maksiat, masalah hisbah, isu judi dan sebagainya, perlu lantang bersuara juga.

Takkan nak jadi ulama bisu?

Oh, isu judi Bola Sepak bagaimana? Takkan nak diamkan sahaja golongan yang menghalalkan apa yang Allah haramkan? Isu hubungan dengan Israel bagaimana? Takkan mahasiswa yang belajar agama macam kita ni pun nak senyap juga?

Wahai mahasiswa, bangkit daripada tidur anda! Kalau nak tidur, tunggu mati nanti, tidurlah selama-lamanya!

Adakah seseorang yang sedang menuntut ilmu itu perlu "menuntut ilmu semata-mata" tanpa menghiraukan nasib sekeliling, dengan tujuan untuk membantu ummat pada masa akan datang? Tujuan ini tak salah, cuma perlu ingat, "Amar Makruf dan Nahi Mungkar" adalah wajib walaupun mereka belum habis belajar.

Tolong fikirkan bahawa "artikel ini sebagai teguran membina.."

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

10 comments:

ahmad hisyam on June 5, 2010 at 10:43 PM said...

dieorg tgh sibuk prepair untuk Sukaneka 1Malaysia Mesir.

alias_safwan on June 6, 2010 at 2:23 AM said...

dua adik beradik yg akrab..awas! jgn terpengaruh..

Anonymous said...

beginilah ramainya manusia yang terlupa utk bersihkan hati mereka..kotor dgn hasad dengki, berburuk sangka,mengumpat dan pelbagai lagi kotoran di hati. sehingga kadangkala hati jadi buta kerananya..wal 'iyaz billah..kurang muhasabah,mungkin..kesalahan,kelemahan kecil org lain tampak jelas,tapi kesalahan,kelemahan bahkan keaiban sendiri kabur, dilitupi kotoran dalam hati. sekadar peringatan. hanya Allah sahajalah sebaik-baik pemberi balasan, Maha Mengetahui apa yg ada dalam hati2 kita. wallahua'lam..

¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸M@sTuRa¸.•*۰۪۪۫۫♥۰*•.¸ on June 6, 2010 at 5:56 PM said...

amat sedih lagi. sesetengah org yg merasakn mereka berada dlm kebenaran. Tetapi bila diminta utk menyatakan kebernaran tersebut. Mereka bersembunyi. Lari entah ke mana. Mungkin mereka sudah selesa dgn apa yg mrka ada.

Sejarah jg telah melakar siapa kita dan siapa mereka. Hebat dlm teori shj, paling kita bimbang hebat melirik kata-kata "puaka" tp, yg sebenarnya mereka "syok saja".
Wallahua'lam.

FAHMI on June 9, 2010 at 8:00 AM said...

Isma setau saya lebih cakna tentang palestin berbanding pmram..
kecaman terhadap israel sewajibnya ke atas setiap muslim yg cintakan saudaranya dan keamanan..xperlulah nantikn kenyataan rasmi dari mana2 kumpulan pun..bsides,kyataaan rasmi ni mcm poyo jek..mcmlah rasmi sgt jawatan anda tu..

-jauh lebih bangga sbg seorg muslim dr apa2 kumpulan di seluruh dunia ni..

ahmad hisyam on June 10, 2010 at 1:32 AM said...

Bukti PMRAM cakna isu Palestin : http://map2street.blogspot.com/ blh tgk archive post blog tu. Update hari2. Lain2 blh tanya sendiri BP.

Pasal kenyataan rasmi. Aku rasa tak poyo kalau keluarkan. Ko sendiri kata, "kecaman terhadap israel sewajibnya ke atas setiap muslim yg cintakan saudaranya dan keamanan.." Jd, lbh baik klu keluarkan dr org cakap2 belakang.

Keluarkan juga utk menunjukkn kita mmg cakna tntng isu ni. Seolah2 org tertanya2 ISMA ngan UMCO CAIRO tak th ke isu Palestin br2 ni.? :D

-Aku lebih lagi berbangga sbg seorang muslim dan berpegang dengan kumpulan/jemaah/persatuan Islam di tempat yg aku berada sekarang.

Thaaqhib Mohammed on June 11, 2010 at 9:15 AM said...

ISMA -Mesir bertindak sebagai cawangan kepada ISMA yang berpusat di Malaysia. Untuk kenyataan bersifat lokal, maka, ISMA-Mesir akan bertanggungjawab kepadanya. Untuk ruang lingkup lebih global, ISMA-Mesir menuruti kenyataan rasmi pihak pusat.

Ini adalah protokol biasa, bagi mana-mana pertubuhan yang mempunyai cawangan. Namun, jika ada individu yang berjawatan mengeluarkan kenyataan atau respons peribadinya, ia tidak menjejaskan protokol yang diamalkan.

Ataupun jika pihak cawangan sendiri yang mengeluarkan kenyataan, itu dikira sebagai tambahan.

Alhamdulillah, pada 1 Jun yang lalu, sudah dikeluarkan kenyataan rasmi pertama utk insiden terbabit di web ISMA pusat. http://www.ismaweb.net/v4/isma-kecam-serangan-komando-israel-terhadap-konvoi-kapal-kemanusiaan-ke-gaza/

Kemudian, diikuti dengan perkembangan dan momerandum seterusnya.

Di samping itu, ISMA-MESIR juga berkolaborasi dengan AMAN PALESTIN dalam perkembangan ini.

Juga dalam masa yang sama, ISMA juga terbabit dalam misi flotilla of freedom, apabila bersetuju menghantar seorang wakil dalam gabungan NGO yang terbabit secara langsung.

Nota : Saya menulis berdasarkan pemerhatian kepada pengamalan protokol dalam pertubuhan. Dan saya menulis berdasarkan pengamatan perkembangan ISMA dalam isu terbabit.

Tahniah kepada semua pihak, kerana terus ikhlas perjuangkan ISLAM dan Umatnya.

Thaaqhib Mohammed on June 11, 2010 at 9:22 AM said...

Dan untuk sesiapa yang tertanya2 tentang hubungan ISMA-Mesir dan UMNO. Saya secara peribadi menjawab bahawa, UMNO adalah saudara seislam saya.

Kita seharusnya memandang sisi positif dengan lebih jelas. sisi yang negatif pula, jangan sesekali dinafikan. tetapi, jangan pula dijadikan sisi negatif tersebut mengaburi segala tindak tanduk kita.

Namun, jika hubungan yang dimaksudkan adalah kolaborasi administrasi, maka, ia adalah meleset. Tiada hubungan dua hala, mahupun sehala, bagi kedua-dua pertubuhan.

Mungkin untuk masa ke hadapan, jika ada kemusykilan mengenai kerjasama UMNO-ISMA, bolehlah merujuk kepada mana-mana figur utama dalam pertubuhan terbabit.

Nota : Boleh juga bermula dengan saya, walaupun saya bukan figur utama.Terima Kasih

Thaaqhib Mohammed on June 11, 2010 at 9:38 AM said...

Pun begitu, jika dipersoalkan mengapa kepimpinan ISMA samada pusat ataupun cawangan tidak memberi respons kepada persoalan-persoalan yang diajukan, maka, seharusnya ia sudah dari awal difahami dengan berkesan.

Bahawa, segala persoalan yang berpunca dari salah persepsi dan ketirisan sumber, boleh dimulakan penyelesaianny dengan mengamalkan etika bertanya. Seharusnya, seorang yang bertanya harus tahu latar belakang skop yang dipersoalkannya.

Ini akan membantu, sejauh mana persoalan itu relevan utnuk ditimbulkan.

Namun begitu, tidak mengapa. dalam meraikan kepelbagaian pemikiran dan tahap capaian etika kita, maka, saya menawarkan untuk menjawab persoalan-persoalan anda.

Sekian.

Unknown on June 12, 2010 at 9:54 AM said...

Thaaqhib! ko taip panjang2 pasal protokol tu.. ko rasa dia faham ke apa yg ko nak sampaikan?

aku rasa dia ni susah sikit nak faham. biasa laaa, budak2 jemaah yg tak ada cawangan. mmg mcm tu lagaknya..

asyik melihat org, sekali sekala cuba tgk diri sendiri. Setiap DPM n BKAN dah keluarkan ke belum kenyataan rasmi? takkan diorg pun sekadar mengambil kalam rasmi dari induk?

jawab bro jgn senyap jee

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal