Berita dari Malaysia - PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan 12 rakyat Malaysia yang berada dalam kapal Mavi Marvara yang ditawan Israel semalam selamat tetapi kini ditahan di Haifa.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata usaha membawa pulang 12 rakyat Malaysia itu sedang dilakukan dengan kerjasama beberapa negara seperti Turki, Jordan, Ireland dan Filipina. Sumber berita harian, pautan lain thestar
04.20 petang, Mesir/Palestin : Dr.Muawiyah Husnain, Pengerusi Bantuan Cemas Gaza berkata, tiga penduduk Palestin syahid dalam pengeboman Israel di utara Semenanjung Gaza.
Menurut saksi, pengeboman tersebut mensasarkan sekumpulan penduduk Palestin di kawasan Syaima', Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Dijelaskan, bahawa mangsa yang syahid itu adalah pejuang Palestin yang dikatakan cuba melancarkan serangan roket ke Israel.
Sebagaimana dinyatakan, pengeboman tersebut setelah pengumuman dalam radio Israel mengenai dua serangan roket yang gugur berhampiran bandar Askalan(Ashkelon) yang terletak beberapa kilometer dari utara Semenanjung Gaza. Sumber web berita safa.ps
03.13 petang, Mesir/Palestin : Hanin Zo'bi ketika diwawancara wartawan Al-Jazeerah di An-Nasirah setelah dibebaskan penjajah.
Menukil antara kata-kata beliau, 'Israel kata, siapa yang menandatangani dokumen perjanjian untuk beredar, maka akan dilepaskan dalam masa 24 jam melalui darat atau udara. Jika siapa tidak mahu menandatangani, maka akan dipindahkan ke pusat tahanan di Beer Sheeba(Bi'ru Saba').
Bagaimanapun, aktivis-aktivis bersepakat pada saat-saat akhir tidak mahu menandatangani apa-apa dokumen Israel kerana dokumen tersebut mengandungi:
> Perakuan mengakui kesalahan melanggar undang-undang.
> Tidak akan mengulagi lagi perkara ini.
> Dan beberapa lagi.
Ada yang berkata, pada asal kami tidak mahu beredar dari sini selagi Israel tidak memberikan senarai nama aktivis yang menjadi mangsa pembunuhan, yang mengalami luka parah, cedera dan senarai aktivis-aktivis yang ditahan'.
Berhubung layanan ketika mereka ditangkap, beliau menyatakan, beliau tidak tahu tetapi yang menjadi tumpuan sekarang adalah dunia kena beri tekanan kepada Israel kerana masalah ini belum selesai. Sumber berita Al-Jazerah
0 comments:
Post a Comment