30 April 2010

STAM Tidak Laku? JPMK Perlu Bangkit Dari Tidur!


Tahun ini, STAM atau singkatan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia telah seolah-olah dikatakan "tidak laku" untuk membolehkan seseorang itu memasuki al Azhar. Kenapa ya? Entah. Saya tidak pasti kenapa tahun ini (sesi 2009/2010), semua mahasiswa yang telah cemerlang di dalam STAM, diminta untuk mengambil peperiksaan sekali lagi di peringkat al Azhar.

Jelas, seolah-olah menampakkan STAM sudah tidak laku. Kenapa baru tahun ini berlaku perkara demikian? Adakah kecemerlangan akhir-akhir ini menjunam? Saya rasa tidak. Statistik yang dibentangkan oleh Ustaz Farkhan ketika Muktamar Sanawi PMRAM kali ke 77 baru-baru ini, menunjukkan peningkatan akademik yang memuaskan.

Bagi mahasiswa, secara keseluruhannya di setiap cawangan PMRAM meningkat sebanyak 18% manakala mahasiswi meningkat sebanyak 10%. Ya, saya sendir menyaksikan kehebatan mahasiswa dalam segenap sudut sejak akhir-akhir ini. WaLlahua'lam, hanya pemerhatian saya.

Tetapi persoalannya, kenapa terdapat peperiksaan "semula" setelah mereka cemerlang dalam STAM? Adakah ia akan berulang tahun hadapan? Bahkan, mereka yang gagal dalam peperiksaan tersebut (terlalu sedikit), dikira tidak lulus, dan ada sebahagiannya dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiah di Hayyu Sadis.

Erm.. Kenapa ya? Saya masih risau sekiranya perkara ini berterusan. JPMK perlu memberi tumpuan dalam persoalan ini. Kenapa JPMK tidak bersuara ketika masalah ini melanda mahasiswa? Mungkin mereka telah melakukan beberapa usaha, tetapi, hakikatnya mereka perlu bertanggungjawab dalam perkara ini.

Ini kerana, ia akan menjatuhkan nilai sijil STAM. Maka, pelajar-pelajar di Malaysia akan merasakan sijil ini tiada nilai, dan mereka akan melupakan al Azhar, dan al Azhar di kalangan Melayu akan kehilangan pewaris!

Saya bimbang sekiranya ini adalah usaha tangan-tangan kotor untuk menjatuhkan nilai sijil STAM dengan cara bersembunyi di belakang nama al Azhar yang bersih. Ini hanya kebimbangan yang saya lahirkan. Nanti orang kata fitnah pulak..

Saya menggesa pihak JPMK perlu menegekkan kembali ke"tuan"an STAM ini. Pelajar di Malaysia akan menganggap sijil ini tak laku! Disebabkan JPMK hanya menutup mulut. JPMK, bangunlah dari tidur anda, kami perlukan hak kami!..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

JPMK Berhutang Lebih LE 40 000 Dengan Mahasiswa?


Sesi 2008/2009, pelajar yang tiba di bumi Mesir secara mengejut dikenakan bayaran LE 160 seorang oleh pihak JPMK. Lalu timbullah kekeliruan di peringkat USMB PMRAM dan BKAN atas peraturan baru ini.

JPMK memaklumkan bahawa bayaran di al Azhar untuk mahasiswa baru akan dibayar di JPMK, dan resit bayaran tersebut akan digunakan untuk berurusan di kuliah. Setelah dipersetujui di semua peringkat maka seramai 700 orang pelajar baru (statistik 2008/2009) membuat bayaran di Pejabat JPMK sebanyak LE 160.

Kemudian, setiap seorang akan menerima 2 resit. Satu resit bernilai LE 60 yang digunakan untuk urusan kuliah, dan LE 100 untuk urusan pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan setiap tahun.

Alhamdulillah, semua pelajar baru sesi tersebut berjaya membuat urusan kuliah dengan menggunakan resit tersebut, namun apabila ingin membuat pemeriksaan kesihatan, pihak Hospital (sebahagian besar) tidak menerima resit tersebut. Katanya "resit yang kamu beri ini tidak laku.."

Eh, .. kami dah bayar pada JPMK sebanyak 100 untuk pemeriksaan kesihatan sahaja.. Lebih 400 orang mengalami masalah resit yang tidak laku pada cawangan masing-masing. Selebihnya tiada masalah kerana pihak hospital di cawangan tersebut menerimanya.

Maka, pihak USMB PMRAM dan BKAN terpaksa meminta bayaran lebih daripada semua pelajar untuk menampung bayaran di pihak hospital yang tidak menerima ke"laku"an resit JPMK.

Timbul masalah apabila beberapa buah BKAN menuntut kembali LE 100 seorang dari pihak JPMK. Malangnya sudah beberapa kali pertemuan dan usaha yang dilakukan di peringkat BKAN masing-masing, masih lagi gagal menuntut LE 100 seorang sehingga sekarang.

Apabila dihitung-hitung, JPMK berhutang LE 100 dengan lebih 400 orang mahasiswa (berdasarkan anggaran). Maka, jumlahnya sebanyak LE 40 000. Semoga bayaran ini dapat diperjelaskan segera, dan semua BKAN dan beberapa DPM, sila tuntut hak anda segera. Mungkin mereka terlupa.. Terima kasih. WaLlahua'lam

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Khairi Memberi Komen Di Blog Us Syafik.. Putar Belit Lagi..


Kesal. Khairi masih enggan mengaku kesalahan memfitnah orang. Artikel beliau yang bertajuk "PMRAM Diminta Jangan Menyusahkan Ahli" telah dicopy dan diulas sedikit di dalam blog Us Syafik. Sila lihat di sini.

Lalu, beliau memberikan komenter sepertimana berikut :

Khairi Jalalluddin said...

Setelah Presiden PMRAM dipanggil mengadap 27 April 2010 (SELASA) beliau tidak dapat mengemukakan dokumen berkaitan prosedur "wajib Pegawai Kerajaan berjumpa PMRAM dahulu" baru boleh ke Muhafazah sebagaimana yang didakwa, sebaliknya banyak berdalih. Sekian terima kasih.

Puan Ainon ini tiada kaitan dengan UMNO. Akidah ana itu hak ana dengan Allah SWT. Harap Puan Ainon jaga aqidah sendiri tak pelu pertikai aqidah orang lain. Maaf.

Kemudian, Presiden PMRAM sendiri menjawab kembali cerita yang cuba diputarbelitkan oleh beliau yang memang terkenal dengan perangai itu.

Shahrizan bin Mohd. Hazime said...

Diharap En Khairi Jalaluddin lebih amanah dan profesional dalam memberikan fakta

1)Presiden PMRAM sendiri yang mahu berjumpa dengan En Khairi demi mempertahankan maruah Pengerusi Tanta. Bukan 'dipanggil mengadap'.

2)Dalam perjumpaan tersebut En Khairi tidak dapat mengemukakan bukti yang kukuh tuduhan terhadap Pengerusi Tanta. (Pengerusi Tanta adalah wakil kedutaan)

3)Sebagai seorang yang profesional, Presiden PMRAM TIDAK MENJAWAB isu berkenaan polisi. Sebaliknya meminta En Khairi memohon maaf secara terbuka. Bukan 'tidak dapat mengemukakan'.

4)Diharap pembaca tidak keliru dengan isu utama yang dibincangkan. ISU TUDUHAN EN KHAIRI TERHADAP PENGERUSI TANTA.

Sekian. Wassalam

Ya, apa pandangan anda? Hebat tak dia memutar belit cerita. PMRAM sememangnya ingin bertemu. Tiba-tiba dikatakan sebagai "dipanggil mengadap". Poyo tak sudah. Lidah belit. Sehingga kini Khairi masih tak mahu memohon maaf secara terbuka. Ego sangat. Sudah buat salah, tidak mahu mengaku pula. Kemudian putar belit cerita.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Khairi Konon Nak Guna Kaedah Fiqh, Tapi Kena Diri Sendiri


Malang seribu malang. Khairi yang dikatakan lepasan Jordan, dengan jelas mengkantoikan dirinya sendiri. Baru-baru ini, sepertimana yang diketahui, beliau telah menulis di dalam blog atase pendidikan (link) sambil menceritakan "PMRAM Diminta Jangan Menyusahkan Ahli". Lalu dengan penuh kealimannya, dia mengemukakan dalil ini.



Yang bermaksud : Bukti perlu dikemukakan oleh pendakwa, dan sumpah perlu bagi mereka yang ingin menolak dakwaan.

Tetapi apabila dikaji, hakikatnya kaedah ini sesuai untuk dirinya sendiri. Ini kerana, dia sendiri yang mendakwa Pengerusi DPMT tanpa membawa sebarang bukti. Pandai nak ngajar orang, tapi tak sedar diri sendiri pun buat salah.

Semoga kita jangan menjadi orang seperti ini. Memalukan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Adakah Surat Ini Menampakkan Hubungan Dato Zainal Dan Kuliah Ulum?

sila klik untuk besarkan


Adakah surat ini dapat membuktikan penglibatan Dato Zainal (bekas Duta) dalam perancangan untuk memindahkan semua wafidin berpusat di Kaherah? Sebelum ini (link) saya telah mengemukakan klu yang mengatakan bahawa beliau terlibat secara lansung dengan The World Associaton Of Al Azhar Graduates yang menganjurkan Muktamar Wafidin di Mansurah tempoh hari.

Cuma, saya masih bertanya lagi, adakah surat ini menunjukkan bahawa Dato Zainal terlibat dalam perancangan ini? Atau ini sekadar surat biasa dari seorang Duta (ketika itu)? Persoalan demi persoalan terus menerjah benak pemikiran ini.

Kandungan surat ini seperti berikut :

Dengan hormat sukacita disahkan bahawa anda telah diterima belajar di Tahun Pertama Fakulti Ulum Islamiah, Universiti al Azhar Mesir sesi pengajian 2008/2009 peringkat Ijazah Sarjana Muda Pengajian Ulum Islamiah. Untuk makluman, Universiti al Azhar telah menubuhkan sebuah Fakulti Ulum Islamiah bagi tujuan untuk melahirkan para ulama ululalbab bertaraf antarabangsa dan menawarkan tempat kepada Pelajar-pelajar Malaysia yang cemerlang dalam pengajian akademik, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran agama dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Tempoh pengajian selama 5 tahun. Tahun pertama ditumpukan kepada pengukuhan penguasaan Bahasa Arab. Manakala bayaran yuran pengajian sebanyak USD 1000 setahun bagi setiap pelajar. Bagi tempoh 5 tahun, yuran pengajian adalah USD 1000 X 5 iaitu USD 5000 bagi setiap pelajar.

Sekian, dengan iringan doa semoga generasi pertama pelajar Malaysia yang mengikuti program ini merupakan golongan perintis yang bakal muncul sebagai mahasiswa cemerlang yang bersesuaian dengan hasrat murni Negara bagi melahirkan ilmuan bertaraf ululalbab, pakar ulama dan pakar rujuk yang professional bertaraf antarabangsa, mujaddid dan mempunyai pemikiran progresif, tolerens, dan moderat yang menjadi tunggak manhaj pengajian di Universiti al Azhar.

Inilah skrip yang disalin daripada surat tersebut.. Persoalan demi persoalan. Beberapa ayat yang diboldkan, telah menyebabkan saya tertanya-tanya. Surat ini telah diedarkan kepada kebanyakan BKAN untuk menghantar wakil masing-masing ke program ini, kerana ura-ura mendapati keperluan untuk menubuhkannya memerlukan sebanyak 100 pelajar, dan bilangan yang menyertai pada permulaannya belum mencukupi.

Lalu, Dato Zainal meminta kepada BKAN untuk menghantar wakil sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk memasukinya. Tapi, kenapa secara tiba-tiba Dato Zainal cuba "mengambil" pelajar-pelajar kita yang telah lulus STAM, dan sudah tiba di Mesir, untuk memasuki program ini. Sedangkan mereka tidak pernah memohon untuk menyertainya. Pelik..

Seperti ada penglibatan Dato Zainal dalam penubuhan Ulum Islamiah ini. Adakah isu pemindahan ini sudah dirancang pada 2008/2009 lagi? Kita doakan kepada Allah supaya dedahkan lagi tangan-tangan belakang yang cuba menghapuskan DPM. Ya Allah, dedahkanlah siapa mereka! Engkau Maha Mengetahui.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Sila Buat Surat Aduan Anda Tentang JPMK Kepada KPT


Bismillah ar Rahman ar Rahim..

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Saya Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, dengan ini menggesa kepada semua mahasiswa untuk menulis surat rasmi kepada mana-mana pihak yang berkaitan, berikutan masalah yang dihadapi ketika berurusan dengan Pegawai JPMK.

Antaranya ialah,

1. Meminta kepada ibu bapa di Malaysia untuk membuat aduan kepada Kementerian Pengajian Tinggi terhadap prestasi kotor Pegawai JPMK, sehingga menyusahkan urusan pelajar. Contoh

2. Menghantar email, surat atau aduan kepada akhbar-akhbar di Malaysia sebagai perhatian.

3. Sila membuat surat rasmi kepada Kedutaan Besar Malaysia Ke Kaherah, yang dipangku oleh Eh Saiful Anuar Mohammad. Semoga beliau mendengar aduan kita.

4. Membuat aduan kepada PMRAM, atau DESAK. Sila hubungi Presiden PMRAM untuk mengetahui saluran ini.

5. Dan sebagainya, yang dirasakan sesuai.

Bertindaklah professional sebagai seorang mahasiswa. Semoga beberapa tindakan ini dapat mengembalikan hak mahasiswa, dan mengembalikan pembelaan terhadap mahasiswa. Kembalikanlah hak kepada mereka yang berhak!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Khairi Memaksa Us Zuhdi Menarik Balik Kenyataan. Tak Malu..


Apa cerita? Kalau semua orang nak tau, Khairi telah menghubungi ustaz Zuhdi Tanta (yang mengeluarkan artikel menjawab tuduhan Khairi), memberitahu beliau supaya menarik balik kenyataan tersebut daripada web Rasmi DPMT.

Perkara ini telah dimaklumkan kepada saya semalam. Eh, kenapa tiba-tiba nak mintak tarik balik? Minta maaf pun belum.. Kami sebagai mahasiswa, ternanti-nanti "maaf" yang diluahkan oleh Khairi di hadapan khayalak ramai.

Tetapi malangnya, beliau berkata "tak kesiorr akuu.." (hanya andaian penulis)

Keegoannya membuatkannya sukar untuk memohon maaf secara terbuka, berhubungan fitnahnya terhadap Pengerusi DPMT. Bertambah kelakar apabila beliau pula meminta Us Zuhdi untuk menarik balik kenyataan tersebut.

Wahai Khairi, kami menuntut supaya kamu memohon maaf secara terbuka berhubung fitnah yang sengaja engkau lemparkan. Allah Maha Adil.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

GEMPAR : Adakah Dato Zainal Terlibat Dalam Isu Perpindahan?

Satu persoalan yang timbul, adakah Dato Zainal Abidin Abdul Kadir (bekas Duta) terlibat sama dalam agenda penghapusan muhafazah? Mungkin beberapa klu dapat diperolehi daripada beberapa bukti di bawah.

Antaranya, Muktamar Wafidin yang diadakan pada 24 April lalu, telah dianjurkan oleh The World Association Of al Azhar Graduates. Dan salah seorang yang terlibat secara langsung dalam pertubuhan ini ialah Dato Zainal sendiri. Ia berdasarkan beberapa gambar di bawah.

Di dalam Muktamar Wafidin tersebut juga menyatakan bahawa di Kaherah akan diadakan satu Muktamar Wafidin pada 8 Mei nanti. Dan, saya menjangkakan bahawa Dato Zainal pasti akan turut hadir sama dalam pertemuan tersebut.

Di bawah ini, disiarkan beberapa penglibatan Dato Zainal secara langsung dalam WAAG ini. Saya tidak menuduh ini adalah konspirasi beliau, tetapi cuma melontarkan persoalan, adakah beliau terlibat sama? Kerana beliau adalah salah seorang anggota rasmi pertubuhan ini? WaLlahua'lam.








Baca seterusnya

Bukti Kelembapan Pegawai JPMK, Kesal!


Kekesalan yang teramat sekali apabila mengetahui bahawa Pegawai JPMK baru dok terhegeh-hegeh untuk membincangkan tentang isu Qiraat siswi, sedangkan peperiksaan bagi siswi tersebut sedang berlangsung. Ia disebut di dalam web rasmi PMRAM

Selain itu laporan terbaru yang diterima daripada Encik Sulaiman, pegawai di JPMK mengatakan bahawa perbincangan bersama wakil Syeikh Al-Azhar telah pun dilakukan pada hari peperiksaan tersebut berlangsung, namun keputusan untuk mahasiswi Qiraat tahun 1 bagi menduduki peperisaan fasal ini akan diketahui pada hari Selasa 5 Mei apabila perbincangan akan dilakukan bersama Syeikh Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib.

Apa punya pegawai! Orang tengah kalut tak dapat masuk peperiksaan, mereka baru nak berbincang. Memalukan! Bahkan keputusan untuk mereka akan diketahui "selepas peperiksaan" berlangsung, dan mereka telah terlepas peperiksaan. Ini kerja kotor!

Apa punya lembab. Nak kata siput, nanti marah pulak. Tapi kenapa sampai sebegini lewatnya? Perkhidmatan yang paling teruk. Di manakah kebajikan untuk mahasiswa? Di manakah "keprofessionalan" mereka bekerja. Buang karan..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

29 April 2010

Khairi Perlekeh Amnu Daulah.. "Alaa.. Kerani Je.. " Katanya..

Betapa beraninya Khairi memperlekeh wakil amnu daulah.. Dengan selambanya beliau menulis perlekehan tersebut di dalam Facebooknya dengan katanya seperti di bawah..




Mohammad Zuhdi : Masalahnya.. KJ dakwa pengerusi menggunakan kuasa safarah ketika berurusan dengan amnu daulah, dan nak bawa perkara ini kepada En Saiful.. ini isu nya..

Persoalannya.. sapa yang mengaku menjadi wakil safarah?? KJ JANGAN KELIRUKAN ISU!

Khairi Jalalluddin : Puan Salwa adalah saksi utama dalam hal ini, dia pun dah marah polis tu (kerani je rupanya), harap boleh rujuk kat dia.

Mohammad Zuhdi : Puan Salwa marah ke minta maaf?? :) Sebenarnya saya ada bersama Pengerusi dan wakil amnu daulah ketika call Puan Salwa.. KJ tak tau apa-apa kot, yang pasti KJ telah mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas kepada Pengerusi, dan ini juga dikira fitnah.. bahaya tau fitnah ni.. :) Saya call hari tu KJ nak makan.. kawan saya call pulak KJ masuk toilet.. kalau tak.. boleh sembang panjang kan :)

Khairi Jalalluddin :) bukan fitnah.. tapi dakwaan.. saksi pun ada. Saya boleh dakwa buktinya dia bawa polis.. / takkan lah saya nak duduk jer kut. Kita mesti bergerak.
Baca seterusnya

Ayat-ayat Khairi Di Dalam Facebook, Lebih Jelas..


Di dalam post sebelum ini (link), saya menyiarkan beberapa gambar yang diprint screen dari ruang Facebook Khairi. Tapi, agak sukar untuk membaca bukan. Maka, saya menyalin semula dan menyiarkan perbualan tersebut di sini. Selamat membaca.

Khairi Jalalluddin : Lain kali jangan cari pasal, kan dah susah, isu pelajar yang membawa polis Mesir untuk memeriksa pegawai kedutaan ini rupanya dah lama… ana jer yang baru tahu. Harap selepas ini ada perubahan.

Muhammad Hazam Hajanan : Apa cerita?

Haji Zaiful Zaki : Yela sahabat.. apa ceritanya?

Ihsan Monir : Insya Allah lepas ini akan lebih baik :)

SucaGwale Kan Yusuff Hassan : Apa kes pulak ni?

Khairi Jalalluddin : Pasal pelajar mengaku wakil kedutaan

Mohammad Zuhdi : Semoga dalam keadaan baik. Isu ini isu pelajar bawa polis atau isu pegawai yang tidak tahu prosedur? Isu datang ke Tanta, bukan pelajar bawa polis, tapi polis yang bawa pelajar (Pengerusi).. Pengerusi hanya menjalankan prosedur yang ditetapkan oleh pihak polis (kita panggil amnu daulah, iaitu pihak keselamatan)..

Apabila datang Tanta untuk berurusan dengan pelajar, tak kira dia tu besar mana pun pangkatnya, kena patuh juga pada peraturan polis iaitu memaklumkan pada Pengerusi DPMT sebab polis akan bertanya kepada Pengerusi.. harap dapat ambil perhatian.

Isu Tanta ni, jangan cuba kelirukan fakta sebenar..

(Sakan KJ mengempen UMNO.. semangat sangat..)

Khairi Jalalluddin : Salah peraturan tu. Perkara ini akan dibawa ke atas khususnya antara polis dengan kedutaan, kesiannya pengerusi pelajar tu. Sepatutnya belajar, tapi kena buat kerja polis, perkara ini perlu diketengahkan. Semoga ada penambahbaikan di masa akan datang.

Abd Muin Abd Manan : Saya rasa peraturan ini tak salah, tapi yang salah adalah KJ kerana tak faham peraturan Mesir. Mungkin masih baru kot. Bila masa Pengerusi kami buat kerja polis, dia cuma menjalankan tanggungjawab sebagai wakil orang Malaysia di Tanta.. dan amnu daulah meletakkan kepercayaan yang penuh kepadanya. Jika berlaku apa-apa insiden yang melibatkan orang Malaysia di Tanta, Pengerusi yang akan disoal terlebih dahulu.. sekalipun pegawai-pegawai dari kedutaan datang ke Tanta, pengerusi yang akan dihubungi oleh amnu daulah. Berat sangatkah untuk maklum walau sepaah? Amnu daulah sentiasa ambil berat tentang pelajar malah pegawai-pegawai diplomat yang datang ke Tanta.

Jika nak berurusan dengan pelajar di Tanta, Pengerusi terlebih dahulu perlu mendapat makluman dari mana-mana pihak sekalipun.

Saya yakin jika KJ memaklumkan perkara ini terlebih awal, masalah takkan timbul.. pengerusi pun bole belajar dengan tenang.. KJ pun tak dapat call yang banyak :)

Abd Muin Abd Manan : Saya mendesak KJ supaya jangan mengelirukan pandangan umum berhubung isu ini. Saya mendesak sekali lagi agar KJ memohon maaf secara terbuka kepada ahli Tanta dan Pengerusi DPM Tanta.

Khairi Jalalluddin : Rasanya tak keliru, perkara ini ana dah dapat maklum dari pihak-pihak berkenaan. Sebagai pegawai diplomatik ana tidak tertakluk kepada undang-undang itu. Perkara ini akan diperbincangkan dengan pihak berkuasa, harap bersabar, ana tahu call yang banyak tu menandakan orang sayang kat ana :) kalau ana salah, ana minta maaf. Kita tak lari dari kesilapan, tetapi perlu buat sesuatu untuk membantu Pengerusi pelajar yang buat kerja bukan bidang tugasnya, kami ke Tanta pun untuk memudahkan urusan pelajar di sana. Tak perlu susah-susah nak ke Kaherah.

Mohammad Zuhdi : Masalahnya.. KJ dakwa pengerusi menggunakan kuasa safarah ketika berurusan dengan amnu daulah, dan nak bawa perkara ini kepada En Saiful.. ini isu nya..

Persoalannya.. sapa yang mengaku menjadi wakil safarah?? KJ JANGAN KELIRUKAN ISU!

Khairi Jalalluddin : Puan Salwa adalah saksi utama dalam hal ini, dia pun dah marah polis tu (kerani je rupanya), harap boleh rujuk kat dia.

Mohammad Zuhdi : Puan Salwa marah ke minta maaf?? :) Sebenarnya saya ada bersama Pengerusi dan wakil amnu daulah ketika call Puan Salwa.. KJ tak tau apa-apa kot, yang pasti KJ telah mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas kepada Pengerusi, dan ini juga dikira fitnah.. bahaya tau fitnah ni.. :) Saya call hari tu KJ nak makan.. kawan saya call pulak KJ masuk toilet.. kalau tak.. boleh sembang panjang kan :)

Khairi Jalalluddin :) bukan fitnah.. tapi dakwaan.. saksi pun ada. Saya boleh dakwa buktinya dia bawa polis.. / takkan lah saya nak duduk jer kut. Kita mesti bergerak.

Mohammad Zuhdi : Eh, salah tu.. waktu KJ duk Kaherah lagi.. waktu Polis call, Pengerusi dalam kuliah.. habis kuliah Pengerusi call balik.. lepas polis maklumkan perkara tersebut, baru kami pergi hotel untuk dapatkan kepastian, dan kami call no. pihak safarah yang ada dalam buku hotel, Puan Salwa yang jawab, tak lama kemudian baru polis sampai.. tak timbul pun bawa polis atau sebaliknya.. KJ faham kot noh.. takkan pegawai tak faham, takyah lah putar belit isu la noohhh..:)

Khairi Jalalluddin : Tak putar pun, tak ada guna pun nak putar, elok selesaikan masalah dari putar alam.. yang pasti ada yang tak kena, terima kasih Zuhdi, apa nombor tel anta.

Mohammad Zuhdi : Saya dah call dan kita dah sembang Hari Rabu waktu KJ tengah makan tengahari, takkan KJ tak save? Kalau nak sembang.. saya boleh call KJ sekarang, eh nak tanya sikit.. KJ bekas ahli kelab UMNO di Jordan ke? (tanya je) :)

Khairi Jalalluddin : Harap dapat berjumpa, salam ukhuwah dari saya.

Mohammad Zuhdi : Aik, tak jawab?? :) ok salam ukhuwah kembali.

p/s : Sila lihat pada gambar yang tertera sebelum ini untuk menyaksikannya sendiri. Lihatlah perangai Khairi di dalam Facebook ini.. nilailah sendiri.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Khairi Di Dalam Facebook, Inikah Pegawai JPMK?

Saya tidak mahu komen panjang dalam isu ini. Cuma, saya ingin bentangkan kepada semua pembaca tentang ke"professional"an seorang Pegawai JPMK yang bernama Khairi. Satu "perbualan hangat" yang tertera di dalam Facebook beliau sebelum ini. Cuma, Facebook tersebut sudah ditutup ketika catatan ini ditulis. Entah kenapa. Blog notakhairi pun dah ditutup. Entah kenapa.. sila klik untuk besarkan.. selamat membaca






Baca seterusnya

Mahasiswi Pergigian Dijadikan Seperti Bola, Tendang Sana Sini


Sepertimana yang telah saya siarkan di sini (link) bahawa saya menerima dua helai kertas bertulis tangan oleh salah seorang daripada 4 pelajar pergigian, yang mengikuti "Malaysian Dental Program", yang terkandas. Bahkan tidak mendapat sebarang pembelaan.

Lebih teruk apabila mereka telah dipergula-gulakan oleh pegawai JPMK. Saksikan apakah yang terjadi ketika mereka berdua (daripada 4 orang) yang berurusan dengan pegawai JPMK. Cuma, tarikhnya mereka tidak ingat.

Saya sudi menerima sebarang penjelasan sekiranya terdapat fakta yang salah. Cuma perlu ingat, saya punya saksi untuk menceritakan kejadian ini.

Pertama kalinya, dua orang pelajar pergigian pergi menemui En Sulaiman di Pejabat JPMK. Namun, hasil yang diterima seperti biasa, "dalam proses".

Seminggu selepas itu, mereka datang lagi ke pejabat JPMK yang memakan masa sejam lebih dengan menaiki bas bernombor 359. Setibanya di sana, mereka dapat menemui Prof Jamil sendiri, dan beliau telah memberikan beberapa penjelasan.

Katanya, mereka berempat yang terkandas ini kerana profile mereka "ditahan" di Pejabat Presiden Mesir, Husni Mubarak. Uiyoo.. Beliau berkata lagi, bahawa gred mereka tidak melepasi gred yang sepatutnya, dan gred SPM 2004/2005 (kerana kelewatan).

Minggu seterusnya mereka pergi lagi ke pejabat, namun Khairi yang sepatutnya menguruskan urusan mereka tiada di Pejabat. Balik pulak dengan tangan kosong.

Minggu seterusnya lagi, alhamdulillah, dapat juga bertemu dengan Khairi. Beliau menyatakan bahawa surat telah dihantar kepada En Saiful (KBMK) supaya campur tangan dalam urusan ini.

Mereka bertanya kepada Khairi, tak bolehkah keluarkan surat untuk memasuki kuliah,.. kerana mereka sudah banyak terlepas disebabkan tiada pengesahan kuliah. Ermm.. Khairi pun meminta mereka bertemu denga Prof Jamil untuk mengeluarkan surat tersebut.

Prof Jamil meminta kepada "kakak" yang sebilik dengan Puan Salwa. Setelah menerima surat tersebut, mereka segera menyerahkannya kepada Dekan, dan Dekan membawa ke peringkat yang lebih tinggi.

Salah seorang daripada 4 orang ini pergi menemui Khairi di ARMA (pejabat yang beroperasi di ARMA) bersama beberapa pelajar perubatan yang lain. Apabila bertemu dengan Khairi, dia bertanya dengan menggunakan ayat pedas..

"Kawan lain mana? Tido ke?... "

Habis sedikit kronologi yang menimpa mereka. Apa yang disaksikan di sini ialah, mahasiswa seolah-olah dijadikan seperti bola.. sekejap tendang ke sini, pastu ke sini pulak. Kenapa awal-awal lagi Prof Jamil "tidak terfikir" untuk mengeluarkan surat tersebut?

Last-last, setelah jumpa Khairi.. dia suruh jumpa Prof pulak.. Sebelum tu, Khairi suruh jumpa Duta.. Aih.. Ingat kami bola ke? Mungkin saya tidak merasai perasaan mereka yang sebenar, tetapi cukuplah dengan artikel ini untuk menyerlahkan "perkhidmatan mereka yang cemerlang 2010" itu..

Sehingga kini, seramai 4 orang masih lagi tidak dibenarkan menduduki peperiksaan, sedangkan peperiksaan pada 3 atau 4 Mei ini. Dan kelas langsung tidak pernah masuk disebabkan masalah ini. Beberapa subjek peperiksaan telah pun terlepas begitu sahaja..

Fuhh..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Muktamar Wafidin Di Dalam Akhbar Saut al Azhar Halaman 14


Semalam, En Zul mengatakan bahawa "belum ada kenyataan rasmi" daripada al Azhar menyatakan tentang isu perpindahan. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, hari ini telah disiarkan di halaman 14 akhbar Saut al Azhar, tentang Muktamar Wafidin di Mansurah.

Saut al Azhar adalah akhbar yang diterbitkan seminggu sekali, iaitu pada Hari Jumaat. Di sebahagian tempat, ia diterbitkan pada malam Khamis, atau pada Hari Khamis. Jenuh saya berkejar ke mari untuk mendapatkan akhbar ini setelah diberitahu bahawa ia telah memuatkan berita tentang Muktamar Wafidin.

Malam ni, saya akan cuba mendapatkannya di kawasan berhampiran, walaupun pada petang ini ia masih belum diedarkan. Akhbar Saut al Azhar, halaman 14 bertarikh hari ini atau esok. Sila lihat paparan yang telah disiarkan oleh Ustaz Adham sendiri (link) atau di sini (link)

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Ke Manakah Hilangnya Fail Nama Qiraat? Saksikan Kronologi Ini


Baru sebentar tadi saya menghubungi Ustaz Zahimi, Unit Pengetahuan dan Pendidikan DPM Mansurah, menanyakan tentang kehilangan fail nama mahasiswa Qiraat.

Beliau adalah di antara orang yang paling banyak berhubung dengan Khairi JPMK. Pada 26 April, beliau menghubungi kali pertama dan Khairi menjawab bahawa beliau akan berbincang dengan En Sulaiman JPMK, untuk bertemu dengan Khitab Maahad di Hayyus Sabiek (belakang Kuliah Banat) esok untuk menyelesaikan perkara ini.

Beliau memberitahu bahawa dia tidak tahu di manakah fail tersebut.

Keesokan harinya, 27 April, Ustaz Zahimi menghubungi lagi untuk mendapatkan perkembangan. Malangnya Khairi menjawab "saya terlupa".. dan meminta Us Zahimi menghantar mesej. Mungkin kerja yang terlalu banyak.. hatiku memujuk supaya husnuzzon. Beliau memaklumkan bahawa beliau akan bertemu dengan Syeikhul Azhar pada keesokannya, iaitu 28 April.

Tetapi apabila menghubungi Syoubra (Ustaz Naim, Pengerusi DPM dan Ustaz Saifullah), mereka memaklumkan bahawa Khairi memberitahu mereka bahawa beliau akan bertemu dengan Syeikhul Azhar pada Selasa ini, 4 Mei. Mungkin beliau sudah menukar jadual pertemuan. Mereka juga memaklumkan bahawa Syoubra sudah pergi ke Khitab Maahad untuk mendapatkan fail tersebut pada 26 April lalu, namun gagal menemuinya.

Semalam 28 April, Us Zahimi menghubungi Khairi beberapa kali, namun tiada sebarang jawapan. Pada hari ini, 29 April, Khairi memberitahu bahawa senarai nama sudah berada di Khitab Maahad. WaLlahua'lam. Dan beliau memaklumkan bahawa akan mengadakan pertemuan bersama Syeikhul Azhar 4 Mei ini, seperti yang dimaklumkan kepada Syoubra.

Untuk makluman, sebelum ini ketika Prof Jamil memangku jawatan Atase Pendidikan, iaitu sebelum kedatangan Khairi untuk bertugas, Ustaz Zuhaili BP PMRAM, Ustaz Amaluddin Mantan BP PMRAM, Ustaz Zahimi dan beberapa orang lagi pernah menemui beliau (prof Jamil).

Kunjungan mereka adalah untuk menyuarakan perkara ini. Tetapi malangnya, Khairi memanggil semula Ustaz Zahimi untuk mengetahui hal sebenar pada Isnin depan, seolah-olah dia tidak dimaklumkan langsung oleh Prof Jamil tentang tugasan yang perlu diselesaikan segera. Prof Jamil kini berada di Malaysia.

Sekarang ini, persoalan yang timbul ialah, "di manakah fail itu sebenarnya? Samada masih di tangan JPMK, atau sudah berada di Khitab Maahad" Dan Allah Maha Mengetahui. Cuma, persoalan saya ialah tentang keprofessionalan seorang pegawai.. Nampak tak betapa sukarnya berurusan dengan JPMK?

Ini kerana, kebanyakan mahasiswi qiraat yang belum naik nama, telah menghubungi Khairi berkali-kali. Namun, telefon tidak diangkat. Hasilnya, inilah prestasi kerja JPMK. Telefon tak angkat, buat kerja lambat sehingga mahasiswi tidak dibenarkan menduduki peperiksaan, dan sebagainya. "Di manakah perkhidmatan terbaik menjelang 2010 itu?"

p/s : Sekiranya terdapat kesilapan dalam menulis kronologi ini, sila perbetulkan ya.. Terima kasih.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Terkini : Siswi Qiraat Pulang Dalam Keadaan Hampa


Sedih. Siswi Qiraat pulang dalam keadaan hampa setelah tidak dibenarkan masuk peperiksaan. JPMK mana? DPM Mansurah jenuh berurusan dengan pihak Maahad Qiraat. Tetapi apa boleh buat, JPMK MASIH BELUM HANTAR NAMA.. Kenapa ni? Kesal!

Antara yang membantu adik-adik Qiraat di sana ketika ini (11.30 tgh hari) ialah Ustaz Zuhaili Saiman (BP PMRAM), Ustaz Abdul Aziz (BP PMRAM), Pengerusi DPM Mansurah, Ustaz Amirul, Ustaz Labib (mantan BP PMRAM) dan Ustaz Zahimi.

Maka hasilnya, seramai 39 orang terkandas daripada memasuki peperiksaan pada hari ini. JPMK mana? Masih tidur? Di manakah perkhidmatan terbaik yang dijanjikan? Hanya sekadar retorik.

Seringkali mengatakan bahawa "pelajar kita kena belajar rajin-rajin".. Tapi hampeh.. tak boleh pakai. Mereka sendiri menyusahkan pelajar. Di mana hak kami? Kembalikan hak kepada mereka yang berhak terhadap hak tersebut

"Catatan ini ditulis setelah menghubungi Pengerusi DPM Mansurah sendiri sebentar tadi (11.33 pagi), dan mereka sedang berjalan pulang dalam keadaan hampa setelah gagal untuk menduduki peperiksaan"

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Wakil Pimpinan Wafidin Dari Tanta Bertemu Majlis Idarah Wafidin


26 April lalu, kenangan "manis di dalam pahit" apabila Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta mengadakan pertemuan bersama beberapa buah negara di Bait Izzah (Dewan Utama DPM Tanta). Program dimulakan sekitar jam 7.30 malam dengan kehadiran lebih 250. Antara negara lain yang turut hadir dalam pertemuan itu ialah Nigeria, Turki, Indonesia.

Pengerusi DPMT memaklumkan beberapa kenyataan, membuat perbincangan dengan semua hadirin, mendapatkan pandangan semua ahli (termasuk dari negara lain), dan membentangkan beberapa tindakan yang perlu dilakukan bersama.

Sepertimana yang dimaklumkan oleh Pengerusi DPMT lagi, pada hari ini, pimpinan mahasiswa antara negara menghantar wakil Nigeria ke Kaherah, untuk mendapatkan penjelasan sebenar di Majlis Idarah Wafidin.

Sehingga kini, Pengerusi DPMT masih lagi menunggu jawapan dan perkembangan terkini daripada wakil tersebut. Kita doakan agar perjuangan hak mahasiswa sedunia terbela. Jangan disebabkan "sedikit tangan kotor", habis semua pejuang Islam terkandas di medannya.

Ketika menulis berita ini, saya hanya dapat mengungkapkan ayat di bawah

Kalau JPMK, Nadi UMNO dan ISMA tak nak perjuangkan hak mahasiswa bersama PMRAM, masih ramai lagi dari negara lain yang akan membantu!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Pelajar Dilarang Berpolitik.. Tapi, Gambar-gambar Ini Bagaimana?

Pada 19 April 2009, diadakan satu pertemuan di antara Badan Pengurus PMRAM, Yang Dipertua BKAN, dan Pengerusi DPM, bersama pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Ketika itu saya masih memegang jawatan sebagai YDP Perak, dan turut sama dalam pertemuan tersebut. (link)

Masih jelas diingatan saya beberapa perbincangan di dalam mesyuarat yang diketuai oleh Presiden PMRAM 2009 tersebut. Antara soalan yang ditimbulkan oleh salah seorang anggota mesyuarat, Ustaz Zuhaili Saiman yang memegang jawatan sebagai Naib Presiden III, berkenaan dengan kehadiran Pegawai JPMK di dalam Perayaan Menyambut Hari Kemerdekaan (PMHK) anjuran PMRAM.

Soala yang dilontarkan ialah, kenapa pegawai JPMK seorang pun tidak dapat menghadirkan diri di dalam program anjuran PMRAM?

Apa yang dijawab oleh En Zainuddin ketika itu ialah, sebenarnya kami diberi arahan untuk tidak menghadiri sebarang program PMRAM. Atau ayat yang sama maksud dengannya.

"Mungkin masalah pendaftaran" Hati ku memujuk...

Tapi, persoalan yang timbul kembali pada hari ini ialah penglibatan pegawai JPMK dalam Kelab UMNO. Jelas menampakkan penglibatan di dalam politik kepartian. Sila lihat pada gambar-gambar yang akan disiarkan di bawah nanti.

Tetapi.. selama ini, adakah PMRAM itu parti politik? Tuduhan yang jelas disebutkan di dalam Perhimpunan Agung UMNO 2009 yang diadakan pada 27 Mac. Demikian juga di dalam (link) yang telah saya siarkan sebelum ini.

Presiden PMRAM 2009 membidas kenyataan tersebut di dalam web PMRAM (link) :

Di dalam Bab Pertama Fasal 4 Undang-undang Tubuh PMRAM menyebutkan bahawa kawasan operasi Persekutuan ini ialah Republik Arab Mesir yang berpusat di Kaherah dan Persekutuan tidak boleh mencampuri masalah-masalah politik.

Kenapa PMRAM yang memperjuangkan hak mahasiswa dituduh berpolitik? Nadi UMNO yang terang-terang berpolitik, mendapat sambutan oleh Pegawai JPMK. Kenapa? Apa semua ini? memandang kepada pelakuan Pegawai JPMK hari ini, sudah terang menampakkan politik kepartian mereka, yang tidak "ditegur" oleh mana-mana pihak pun. Gambar-gambar di bawah ini menceritakan segala-galanya..


Ini gambar paling jelas


Gambar ini kurang jelas. Cuma saya yakin di dalam bulatan kiri itu adalah Khairi.
Kalau salah, tolong tegur. Di kanan tu nampak macam Prof Jamil. Entah.


Ini adalah Pejabat Kelab UMNO. Kelihatan Khairi sedang memvacumm


Saya tak pasti di mana. Tapi, kalau tengok baju, nampak macam sama
dengan gambar pertama tadi, iaitu di Pejabat Kelab UMNO


Prof Jamil sedang bermesyuarat dengan Nadi UMNO. Nampak tak?


Khairi dan Prof Jamil bersama MB Johor dan Nadi UMNO..
Tetapi ketika kerajaan Negeri Selangor datang, buat masam muka..


Baca seterusnya

Solat Hajat Sempena Masalah Siswi Qiraat Yang Diabaikan Oleh JPMK


Solat Hajat anjuran DPM Mansurah telah diadakan di Dewan DPM Mansurah berhubung masalah kenaikan nama 39 orang mahasiswi Qiraat. Berita ini telah disiarkan di dalam web rasmi PMRAM (link).

Antara laporan tersebut seperti tertera di bawah..

Solat hajat diimamkan oleh Us Malyanah Solehah (Unit Penerangan & Penerbitan HEWI) dan bacaan doa oleh Us Habibah (Unit Perumahan HEWI)..

Suasana sayu menyelubungi DPJA .. Rintihan doa dipanjatkan buat Yang Maha Mendengar agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati dalam menghadapi sebarang ujian.

"Ya Allah Ya Tuhan Kami.Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya.Kami hamba yang hina datang menghadap diri kepadaMuyang Maha Perkasa.Ampunkanlah segala dosa-dosa kami Ya Allah...

"Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah urusan-urusan kami dengan keberkatanMu..Ya Fathu Ya Alim, seandainya penetapan kami mahasiswa/wi wafidin di Bumi Mansurah dan seluruh muhafazah untuk menuntut ilmuMu adalah baik buat kami, maka kekalkanlah kami di sini.Seandainya kami tergolong dalam orang-orang yang dizalimi, maka dengarkanlah rintihan kami..

Ya Allah Ya Rahman..perkenankanlah hajat kami.Engkaulah pelindung kami.

Ya Allah Ya Tuhanku,Tenangkanlah hati-hati sahabat2 kami mahasisiwi tahun 1 Qiraat dalam menghadapi ujianMu.Permudahkanlah urusan mereka untuk menduduki imtihan

Ya Allah..

Ya Allah..tunjukanlah kepada semua kebenaran agar kebatilan tunduk menyerah diri kepadaMu.Bubarkanlah perancangan-perancangan jahat yang mahu memecahbelahkan kesatuan kami. Berkatilah kami dan satukanlah hati-hati kami dalam menegakkan agamaMu di atas muka bumi ini. Kurniakanlah kejayaan dan kecemerlangan buat mahasiswa/wi Al-Azhar samaada di dunia dan diakhirat".

Amin ya Rabbal A'lamin.....

Semoga usaha ini diberi ganjaran di sisi Allah. Inilah dugaan yang dihadapi oleh mahasiswa, dalam keadaan ditinggalkan terabai oleh JPMK. Kami ternanti-nanti jawapan JPMK dalam isu ini, tetapi malangnya sehingga kini bisu tidak bersuara. Di manakah misi dan visi yang mereka julang-julangkan itu?

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

KPT : Garis Panduan Keselamatan Berhubung Kes Cabul


Berikutan kes pencabulan akhawat Terengganu baru-baru ini (link), Keluarga Penuntut Terengganu (KPT) telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan dengan keselamatan. Kenyataan ini telah disiarkan di dalam blog rasmi KPT (link). Semoga ia berguna untuk tatapan pembaca sekalian.

Pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) memandang serius terhadap kes seorang akhawat Terengganu yang telah diganggu oleh remaja arab tempatan di kawasan Suk Sayarat, Hayyu Asyir pada 26 April 2010, waktu asar. Walaupun kejadian tersebut tidak serius sehingga ke tahap mencabuli, akan tetapi ia perlu diambil perhatian agar kejadian tersebut tidak berulang lagi. Kes jenayah kerap berlaku di musim panas yang melibatkan pelajar Malaysia dan sebagainya.

Oleh yang demikian, pihak KPT memohon semua ahli dapat mematuhi garis panduan keselamatan bagi membendung kes-kes jenayah daripada terus berlaku, seperti berikut:

1. Akhawat dilarang keluar pada waktu malam kecuali untuk urusan penting sahaja dan dengan menggunakan khidmat Musyrif yang telah ditetapkan.

2. Jika berlaku kes jenayah atau kejadian yang meragukan sila maklumkan kepada : Presiden PMRAM (011-3771841) @ YDP KPT (011-5263769) @ AJKT atau rakan terdekat.

3. Memastikan jalan yang dilalui selamat daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

4. Sentiasa membawa salinan passport/ kad PMRAM/ kernih bersama-sama tidak kira ke mana sahaja.

5. Memastikan passport/ visa dalam keadaan tempoh telah diperbaharui.

6. Tidak keluar seorang diri samada pada waktu siang dan lebih-lebih lagi pada waktu malam.

7. Memastikan rumah dalam keadaan berkunci dan selamat daripada sebarang perkara yang memungkinkan kejadian yang tidak diingini berlaku.


Selamat membaca.. Jaga keselamatan anda.. Sayangi diri anda.. dan macam-macam lagi kempen..
Baca seterusnya

Khairi Diam Sahaja.. Dah Buat Salah, Tak Nak Mohon Maaf


Nak minta maaf secara terbuka kepada mahasiswa? sori lee.. getik akuu.. Tak kesioorr akuu.. (loghat Perak)

Saya terfikir, agaknya mungkin inilah yang dikatakan oleh Khairi di dalam hati beliau. Sehingga ke hari ini, masih lagi enggan meminta maaf setelah terang-terang memfitnah Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta.

Di dalam blog atasependidikan, beliau menjelaskan isu lain, yang tiada sebarang "tanda" menunjukkan dia itu bersalah. Bila dah fitnah orang, buat sardin saja. Sedih. Bukan susah nak minta maaf. Tapi, ia begitu liat bagi orang yang ego dan takbur. Antara kalamnya di blog tersebut ialah..

3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis..

Jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan seolah-olah bukan fitnah. Bila masa pulak Pengerusi DPMT mengaku sebagai pegawai Kedutaan sepertimana yang dikatakan oleh Khairi? (link)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu :

Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta...

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya?

Aih.. bila masa pulak.. Tiba-tiba je dia mengatakan demikian. Perasan!

Tapi ini bukan kali pertama, Prof Jamil pun mengamalkan rentak yang sama. Apabila menyekat Program Pembacaan Kutub Sittah, sehingga ke hari ini membisu, tidak mahu berdialog dengan mahasiswa.

Kenapa? Dari dulu lagi persoalan ini timbul. Kenapa tidak berani (atau pengecut) untuk berdialog atau memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa? Adakah dibimbangi mahasiswa pakat-pakat pukul pegawai? Macam tak logik.

Tetapi hakikatnya mereka terus senyap dan akan senyap. Entah. Sehingga kucing tumbuh tanduk, baru nak bersuara. Tapi hakikatnya mereka sengaja menanam "kebencian semulajadi" di dalam diri mahasiswa. Kemudian labelkan mahasiswa itu dan ini. Pandai betul buat fitnah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Khairi JPMK : Kenyataan Rasmi YDP Terengganu


sumber : InfoKPT (link)

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, yang menjadikan manusia dengan kesempurnaan, memimpin manusia dengan Dustur perlembagaan yang cukup teliti dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, penghulu segala para rasul dan Anbiya’, Saidina Wa habibina Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam. Kesejahteraan juga buat para pengikut dan juga para pewaris perjuangan Nabi Muhammad Sallallahu A’laihi Wasallam.

“Cubit Paha Kanan, Paha Kiri Terasa Pedihnya”, begitulah peribahasa melayu yang selalu kita dengar sejak dari zaman berzaman yang mana mafhumnya sekiranya satu pihak mendapat musibah atau kesusahan, maka kesukaran dan kesusahan itu akan turut dirasai oleh satu pihak yang lain. Peribahasa ini selalu digunakan untuk mempamerkan akan keutuhan sesebuah persaudaraan. Perumpamaan ini amat sesuai jika dikaitkan dengan keadaan sekarang dimana Pengerusi Dewan Perwakilan Tanta(DPMT), saudara Dzulhilmi bin Roslan telah difitnah oleh Encik Khairi Jalalluddin, pegawai Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dengan menuduh Pengerusi DPM Tanta telah mempergunakan nama Kedutaan Malaysia untuk mengadakan hubungan baik dengan pihak keselamatan Mesir.

Tindakan Encik Khairi Jalalluddin yang menyebarkan fitnah di melalui facebook beliau tanpa mengadakan perbincangan dan mendapatkan kepastian terlebih dahulu sedang hangat diperkatakan oleh mahasiswa dan mahasiswi Mesir khususnya warga Tanta yang turut merasai kesusahan yang dialami oleh pengerusi mereka. Ia juga, menimbulkan perpecahan dan perasaan tidak puas hati terhadap JPMK.

Saya bagi pihak Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT) merasa kesal dan kecewa dengan sikap pegawai tersebut yang sepatutnya bertindak dengan secara professional dan bijak.

KPT sekali lagi menyatakan kekesalan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Pegawai tersebut. Oleh itu, kami warga KPT selaku persatuan yang bernaung di bawah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) dan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) meminta agar pegawai yang terlibat meminta maaf secara terbuka kepada Pengerusi DPM Tanta bagi membersihkan nama individu yang terlibat.

“BERILMU DAN BERAMAL”

“KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH”

Mohd Riduan Bin Abu Bakar
Yang Dipertua,
Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu sesi 2009 / 2010.
Pejabat KPT, Kompleks Darul Iman,
Hayyu Asyir, Kaherah.
Baca seterusnya

4 Orang Pelajar Pergigian Tidak Dibenar Masuk Peperiksaan.. Sedih..


Salah seorang daripada 4 pelajar pergigian telah memberitahu saya tentang beberapa masalah yang mereka hadapi. Lalu, untuk mengelakkan kehabisan kredit, saya meminta dia menulis di atas kertas. Ada dua masalah yang dihadapi oleh mereka.

Kertas pertama ialah tentang "nasib" mereka yang masih lagi tidak dibenarkan masuk peperiksaan. Masalah telah diadu kepada JPMK sendiri, dan mereka mengalami pengalaman pahit dalam berurusan dengan JPMK. Ini akan saya terangkan di dalam post selepas ini, iaitu kandungan kertas kedua.

Kertas pertama dulu..

Pada 19 atau 20 Januari (tidak pasti), telah diadakan satu pertemuan di antara Pelajar Pergigian, Pengurus Program Malaysian Dental Program dan Pengurusan Pelajar Waifidn, di Kelas Pelajar Malaysia, Kuliah Tibb Asnan jam 11 pagi.

Di dalam pertemuan tersebut, dimaklumkan oleh pihak Universiti bahawa peperiksaan yang sepatutnya diadakan pada 21 Januari telah ditunda ke Bulan Februari disebabkan fail maklumat pelajar masih belum sampai ke pihak Universiti.

Maka, hasilnya seramai 81 orang pelajar pergigian terkandas daripada mengambil peperiksaan.

Setelah tibanya fail tersebut ke pihak Universiti, mereka telah ditapis. Seramai 10 orang pelajar melepasi gred 95 %. Semakan kali kedua dilakukan dan 77 (termasuk 10 orang tadi) orang telah melepasi gred 86 atau 85 %, seperimana yang dikatakan oleh Pengurus Program Malaysian Dental Program. Maka berbaki seramai 4 orang terkandas lagi.

Setelah itu, 4 orang ini pergi menemui Dr Mervet (Pengurus Program) untuk bertanya status kelayakan mereka untuk memasuki peperiksaan. Itupun setelah peperiksaan Bulan Februari berlangsung. Atau dengan kata lain, satu subjek mereka tak masuk, iaitu subjek Zoologi.

Setelah itu, mereka menelefon En Sulaiman Pegawai JPMK untuk mengadu tentang hal ini. Beliau memberikan nombor telefon Prof Jamil. Ketika itu Prof Jamil mengatakan "dalam proses".

Lalu, mereka menghubungi pula En Khairi beberapa kali. Sehingga jam 9.30 malam, jawapan masih sama, iaitu "dalam proses".

Perkara yang sama berulang kembali. Peperiksaan subjek Fizik yang diadakan 2 hari selepas itu menyaksikan perkara yang sama. Mereka tidak dibenarkan menduduki peperiksaan. Apabila En Sulaiman dihubungi, dia memberitahu bahawa dia akan ke al Azhar.

Lalu, mereka memaklumkan kepada Dr Mervet dan Dr Eatmad (Dekan) tentang kunjungan tersebut. Tunggu dan terus menunggu, rupa-rupanya memang En Sulaiman tak datang-datang. Ia berulang kembali pada keesokan harinya. Sedih..

Dr Mervet memberitahu mereka bahawa "korang boleh ambil periksa daur thani bulan Ogos ni.." (dia cakap dalam Bahasa Mesir..)

Inilah kesudahannya. Terpaksa membuang karan selama satu sesi kerana masalah nama mereka. Mereka tidak dibenarkan masuk exam sem 1, dan kelas sem 2. Kelas pun tak dapat masuk.

Inilah yang telah diadaptasi daripada catitan salah seorang daripada 4 orang ini. Semoga pihak JPMK dapat menyelesaikan perkara ini. Semoga JPMK selepas ini boleh membela hak mahasiswa. Tak tahulah kalau saya ini dianggap berpolitik kerana memperjuangkan hak mahasiswa.. Terpulanglah. Kembalikan hak kepada mereka yang berhak

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Kenyataan Rasmi Tentang Perpindahan Oleh Amid Kuliah Di Mansurah


sumber : DPM Mansurah (link)

Perjumpaan bersama amid telah diadakan bersama beberapa mahasiswa/wi wafidin dari Malaysia, Juzur Qamar dan Turkistan pada 27 April 2010 jam 1:30 petang di pejabat amid kuliah banat. Perjumpaan sekitar 45 minit ini telah memberikan pelbagai input berkenaan pemusatan mahasiswa/wi wafidin di Kaherah.

Apabila diteliti dengan jelas apa yang telah di perbincangkan di muktamar bercanggah dengan apa yang dikemukakan di pihak amid. Antaranya seperti berikut :-

1- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa perpindahan mahasiswa/wi ke Kaherah merupakan satu ketetapan yang mesti diikuti oleh mahasiswa/wi wafidin namun, pihak amid menegaskan bahawa ianya masih lagi dikaji dan diperbincangkan di peringkat atasan.

2- Rabitah Alamiah menyatakan perpindahan mahasiswa/wi wafidin akan dilaksanakan pada tahun hadapan namun amid menyatakan bahawa qarar ini masih lagi diperbincangkan dan ianya hanya berdasarkan lisan semata-mata.

3- Rabitah Alamiah memberi jaminan penempatan wafidin yang akan disediakan mencukupi, tetapi amid tidak dapat memberikan kata putus tentang penyediaan sempurna pembinaan tersebut.

4- Rabitah Alamiah menegaskan bahawa mahasiswa/wi wafidin mesti dipindahkan ke Kaherah tetapi Amid menyatakan bahawa ianya bergantung pada maslahat mereka.

Memandangkan qarar ini masih lagi tidak dapat dibentangkan secara bertulis, pihak amid memohon agar semua mahasiswa/wi wafidin tidak tergesa-gesa dalam membuat sesuatu tindakan.

Maklumat tambahan yang kami perolehi adalah seperti berikut :-

1- Tiada perubahan bentuk pengajian yang akan dilaksanakan di Kaherah nanti sama ada pengkhususan kuliah mahupun kenaikan tahun. Perkara ini telah ditegaskan oleh amid sendiri bahawa sistem pengajian di Kaherah sama sahaja seperti di muhafazah.

2- Pengeluaran sijil pula akan dikeluarkan oleh pihak Al-Azhar sendiri tanpa sebarang campur tangan luar.

Kami akan membincangkan dari semasa ke semasa bersama pihak PMRAM Pusat, wakil-wakil negara lain dan Amid-amid kuliah serta mereka yang terlibat bagi mendapatkan penyelesaian terbaik dalam menyelesaikan isu ini.

Harapan kami agar masalah ini tidak diperbesar-besarkan sebelum mendapat penjelasan secara tepat dari pihak yang bertanggungjawab dalam mendepani isu ini. Segala masalah boleh berhubung terus dengan Pengerusi DPMM di talian 0101489131.

Pihak kami juga memohon maaf sekiranya terdapat sebarang pindaan terhadap isu ini disebabkan perubahan maklumat yang kami perolehi.

Semoga kita semua terus berdoa agar diberikan sesuatu yang terbaik dalam menjalani kehidupan di sini. Selamat menghadapi imtihan yang bakal menjelma.

“ KEMANTAPAN FIKRAH, MEMBINA SYAKHSIAH ”

Muhamad Amirul bin Hasim
Pengerusi,
PMRAM cawangan Mansurah sesi 2009/2010.


p/s : En Zul tanya.. ni semua ni ada hitam putih tak..? Pening-pening..
Baca seterusnya

JPMK Mana? Qiraat Mansurah "Comfirm" Tidak Dibenarkan Masuk Periksa

Siapakah yang akan membela nasib mereka? JPMK masih membisu


Siang tadi, lagi satu isu yang tak selesai-selesai sampai sekarang. Mahasiswi Qiraat dah komfirm tidak dibenarkan masuk peperiksaan khamis ini. Amacam? Pasti ada yang tepuk tangan kerana usaha jahat "mereka" berjaya.

"Baru padan muka korang".. Kata mereka lagi sambil membaca blog ini.

Tidak kurang juga, saya telah dilabelkan macam-macam.

"Ya Allah kembalikanlah kata-kata kesat ini kepada orang yang melemparkannya kepada saya.."

Catatan daripada blog peribadi Pengerusi Mansurah tentang isu mahasiswi Qiraat (link)

Pulang saja ke rumah dapat berita " Mahasiswi qiraat tidak dibenarkan menduduki imtihan (peperiksaan) pada hari Khamis ini (Lusa)." Ulasan telah dibuat oleh Penasihat DPMM di blognya (Klick). Untuk urusan qiraat, sebelum ini ana bersama-sama Ustaz Zahimi (Unit Pengetahuan dan Pendidikan) yang menguruskan serba sedikit. Namun pada siang tadi ana meminta Us Adham untuk menggantikan ana bagi berurusan dengan pihak maahad.

Entah. JPMK buat kerja ke tidak. Di manakah khidmat cemerlang yang dikatakan di dalam visi mereka? Entah. Hanya retorik.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Isu Penghapusan DPM : Coretan Dairi 27 April Di Mansurah


Sebuah artikel yang saya petik sekali lagi di dalam blog peribadi Pengerusi Mansurah, Ustaz Amirul tentang kenyataan rasmi perpindahan ke Kaherah. Beliau pergi menemui Amid Kuliah Banat sepertimana yang tercatat..

Jam 1 petang tadi satu perjumpaan bersama amid kuliah banat iaitu Dr Jabir Sayid Mubarak telah diadakan. Ana tidak mahu mengulas panjang apa yang telah diperbincangkan namun secara kesimpulannya, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan penelitian daripada peringkat Rais Jamiah Pusat. Pihak amid meminta agar menunggu sehingga qarar secara bertulis sampai.

Namun, untuk menunggu qarar tersebut sampai, kami (wafidin) di peringkat Mansurah akan mengeluarkan surat bagi menjelaskan hal ehwal keadaan mahasiswa/wi wafidin sekiranya dipindahkan ke Kuliah Ulum ini.

Dan baru sekejap tadi, mereka di Mansurah juga mengadakan perjumpaan kali kedua untuk membincangkan isu ini. Semoga hak mahasiswa terbela. Masih lagi tidak kedengaran suara JPMK, dan persatuan-persatuan lain yang mendakwa masing-masing menjaga kebajikan.

InsyaAllah, Perjumpaan bersama lajnah yang telah dibentuk pada hari semalam (26hb Apr 2010) akan dibuat pada malam ini (27hb Apr 2010) selepas isyak di Dewan Persada Jazirah Al-Ward (dewan Mahasiswa/wi Malaysia). Perjumpaan ini lebih tertumpu kepada isi kandung surat yang akan dikeluarkan secara bersama. Surat ini bukanlah di bawah persatuan mahasiswa/wi tetapi ia adalah surat daripada mahasiswa/wi wafidin yang berada di Mansurah. Terima atau tidak surat ini adalah perkara kedua. Insya Allah surat ini akan diserahkan kepada amid pada keesokan hari (rabu-28hb Apr 2010).

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin Jabatan Akidah dan Falsaafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

En Zul Cuba Mengalihkan Isu Fitnah Khairi Kepada Isu Polisi

Dalam perasan atau tidak, En Zul cuba mengalihkan isu yang sebenar berlaku di Tanta. Isu sebenar ialah Fitnah Khairi di dalam Facebooknya dengan jelas sepertimana yang tertera di bawah ini.



Alhamdulillah, baru sebentar tadi diadakan Majlis Ramah Mesra bersama Delegasi Negeri Perak. Tetapi ketika sesi dialog, En Zul mengeluarkan kenyataan "meminta penjelasan" kepada Ustaz Ibrahim bin Mansor dari Tanta tentang isu "tanta".

Soalan En Zul (untuk memusingkan isu) berbunyi..

"Ada tak termaktub di dalam mana-mana polisi yang menyatakan sebarang pergerakan Safarah di muhafazah perlu dimaklumkan kepada amin daulah?"

Isu yang cuba dialihkan oleh beliau. Wahai mahasiswa, jangan terkeliru dengan jawapan seperi ini! Beliau sengaja mengalihkan pandangan mahasiswa supaya isu fitnah khairi tertutup dengan isu polisi yang digembar gemburkan olehnya. Pandai juga.

Tadi, sempat bersalam dengan beliau. Tetapi sempat beliau mengatakan sesuatu "Kita jumpa dalam blog.."

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Semoga banyak input yang En Zul dapat daripada blog saya. Kalau rasa ada buat salah, sila betulkan. Dan kembalikan hak mahasiswa!

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
Baca seterusnya

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal