03 April 2010

Bas Ekspress Kemalangan Disebabkan SMS

BANDAR BAHARU (KEDAH): “Pemandu itu asyik hantar SMS walaupun sedang memandu laju menyebabkan bas bergerak ke kiri dan ke kanan.

MAUT...anggota bomba dan penyelamat mengusung mayat V Ponnamal (gambar) yang maut dalam kemalangan itu.

REMUK...Sabarudin menunjukkan keadaan bas yang remuk.

“Sebaik sampai berhampiran simpang Bandar Baharu, dia tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan bas terbabas ke kiri jalan sebelum terbalik dalam longkang,” kata Aidi Efendey Abdul Razak, 30, seorang daripada 18 penumpang bas ekspres yang terbabas di Kilometer 168.8 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.10 pagi, seorang wanita maut manakala 12 penumpang lain cedera termasuk dua parah. Penumpang yang terbunuh dikenali sebagai V Ponnamal, 56, manakala penumpang yang cedera dirawat di Hospital Parit Buntar.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kedah.

Aidi Efendey berkata, dia berasa tidak sedap hati sejak bas berkenaan tiba di Sungai Buloh lagi sebaik melihat gelagat pemandunya, selain ragu-ragu kerana tiada pemandu kedua.

“Apabila saya bertanyakan pemandu kedua, dia kata tak ada kerana hanya dia seorang memandu dari Kuala Lumpur ke Butterworth,” katanya yang tinggal di Guar Perahu, Bukit Mertajam.


Nampak tak gambar ni? Faham-faham je la

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal