10 April 2010

Ditembak Di Kepala, Jantung dan Tangan - Masih Hidup


Seorang wanita ditembak di kepala oleh seorang lelaki terselamat dari serangan itu selepas doktor berjaya mengeluarkan peluru dari otaknya.


Heena, lulusan seni berusia 24 tahun berasal dari Delhi, ditembak tiga kali, dikepala, jantung dan tangan kanannya setelah dia menolak tawaran perkahwinan.

Salah satu dari tiga peluru itu memasuki telinga kirinya mematahkan tulang tengah telinganya sebelum tertanam di otak. Dua peluru lainnya terbenam di lengan kanannya dan jantung.

Doktor di Hospital Lok Nayak di Ibu kota India menyatakan penyembuhan Heena sebagai ‘bernasib baik’. Inspektor Perubatan Dr Amit Bane berkata: “Kami terkejut melihat kes seperti itu. Dia bernasib baik dapat diselamatkan.

Heena masih belum pulih dari trauma setelah dimasukkan ke hospital itu dalam keadaan kritikal pada 31 Mac lalu.

Menurut kata ketua jabatan pembedahan saraf, Dr P N Pandey ‘Peluru itu memasuki otak melalui telinga kiri dan menekan tengkoraknya. Tetapi mujurlah peluru tidak merosakkan mana-mana bahagian otak yang mengawal fungsi-fungsi badan.’

Dengan kehilangan darah yang banyak kerana patah tulang rusuk, pembedahan menjadi lebih kompleks dan pesakit perlu diberikan beberapa unit darah.

Walaupun doktor-doktor telah mengisytiharkan pembedahan ’berjaya’,kemungkinan jangkitan-jangkitan dan kerumitan yang mungkin tak dapat dielakkan pada masa hadapan.

“Peluru itu telah merosakkan bahagian telinga tengahnya. Ini boleh menyebabkan ketulian konduksian ”, adanya penurunan getaran suara yang tidak mencapai telinga dalam akibat gangguan di telinga luar di masa hadapan, “kata Dr Pandey. “Dia juga mungkin mengalami pening,” tambahnya lagi.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal