01 April 2010

Jadi Mangsa "Kamera" ISMA-Tanta


Rasa macam tak sedap hati apabila tidak menyiarkan artikel ini. Agak kotroversi. Tetapi untuk mengelakkan fitnah, dan menyelamatkan pihak-pihak yang tidak bersalah. Apa yang terjadi?

Rupa-rupanya program anjuran ISMA-Tanta, bukanlah semuanya ISMA. ISMA-Tanta mengajak beberapa orang yang bukan ISMA, untuk "makan-makan". Tetapi rupa-rupanya ia adalah program ISMA. Eh, patutla nampak ramai je yang hadir.

Antara yang lain, mereka war-warkan kepada semua orang yang mereka ada panggil ustaz untuk mengajar kitab sekian-sekian di rumah secara tak rasmi. Kemudian, datanglah beberapa orang yang memang berniat untuk mengaji ke rumah tersebut. Eh, rupa-rupanya itu adalah program rasmi ISMA.

Apa yang memeningkan kepala, beberapa orang ISMA tangkap la gambar banyak-banyak program tersebut. Habis semua yang hadir dituduh sebagai ahli ISMA secara tak langsung. Kesian. Pastu, keluar dalam blog rasmi, seolah-olah ISMA-Tanta mendapat sambutan.

Ada yang tanya, "apa salahnya? Islam tu kan untuk semua?" Eh.. eh, nanti dulu. Islam memang untuk semua, tetapi yang gatal-gatal tangan pi tangkap gambar semua orang tu buat apa? Pastu tayang pulak dalam web. Akhirnya apa yang mereka dapat? Tak pasal-pasal dinobatkan sebagai ahli ISMA.

Apa pula pandangan DPMT? Jenuh susun program elok-elok tak nak bagi tembung, akhirnya celaru juga. Celaru disebabkan ketidakselarasan program, hasil daripada program-program ISMA - Tanta ini. Memangla program tu baik, bagus dan sebagainya, tapi ia buatkan kecelaruan di dalam persatuan, sedangkan kamu sering mengatakan "kumpulan baik yang tidak bersistem akan dikalahkan dengan kumpulan jahat yang bersistem".

Saya harap, ISMA dapat memperbetulkan kembali objektif jemaah mereka. Fahamilah kembali perjuangan yang sebenar, yang tidak diselitkan nilai-nilai perpecahan. Kamu selalu bertanya "Kenapa PMRAM boikot ISMA?" Tetapi kamu juga tahu, "Kenapa culik ahli PMRAM?" "Kenapa perlu tubuh jemaah baru?" "Kenapa tidak bergabung sahaja dengan PMRAM?"

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal