gambar hanya hiasan
Isu gangsterisme yang semakin "nampak", terjadi di kalangan Melayu Mesir. Siapa mereka? Faham-faham sendiri. Untuk pengetahuan semua "mahasiswa" gangsterisme ini adalah perangai adik-adik sekolah menengah, dan ia sudah tidak releven untuk dipraktikkan oleh seorang yang bergelar mahasiswa. Buat malu.
Isu yang terjadi sebelum ini, apabila Timbalan Pengerusi Medic Mansurah dipukul oleh sekumpulan manusia yang tidak berpuas hati. Isu ini telah hangat di pasaran seperti goreng pisang panas. Cuma rasa dia tak berapa sedap, sebab nampak macam gaduh ala-ala sekolah menengah. Kurang professional.
Selain itu, baru-baru ini juga dikejutkan dengan pergaduhan disebabkan permainan ragbi. Ia tidak sepatutnya berlaku di kalangan kita yang sering dikatakan sebagai "mahasiswa". Sampai satu tramco pergi, semata-mata untuk bergaduh. Fuh...
Diceritakan juga, geng-geng yang naik tramco ini mula baran disebabkan diapi-apikan di dalam Facebook. Antara ayat-ayat yang digunakan bagi memanaskan keadaan ialah "kalau hang berani, datang la.." Last-last datang betul.. Dan tercetuslah pergaduhan.
Kembali kepada isu pukul di Mansurah tadi. Kebelakangan ini, mereka mula bergaduh di dalam blog. Saya no komen. Apa yang saya nak beritahu, hentikanlah perangai gaduh-gaduh ni. Nampak macam sekolah menengah. Kita sudah bergelar mahasiswa.
Sedikit amaran yang boleh saya berikan kepada mereka yang suka sangat nak cari gaduh ni, INGAT, bumi Mesir ni jangan buat main. Kalau orang yang dizalimi tu doa keburukan untuk si gangster, insya Allah, parah akibatnya. Allah lebih berkuasa daripada si gangster.
Kadangkala, bila difikirkan semula, orang yang nak gaduh-gaduh ni, banyak cakap je.. Atau pun memang berani nak pukul orang. Tapi, bila dah habis gaduh, balik rumah tido jugak.. Tin kosong. Bila dah habis gaduh, masing-masing sakit badan, lenguh sana sini dan macam-macam. Pastu, tidur memanjang. Tak ke mana gangster tu.
Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
1 comments:
Kenyataan Rasmi Perubatan Mansurah Berhubung Isu Pukul
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
{ Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan}{Al-Hujurat 6}
Merujuk kepada kejadian yang baru berlaku, antara saudara Muhammad Hanif b Mahamud dengan saudara Ahmad Syamir b Abdullah (Sito) dan rakan-rakannya, saya mewakili pihak PERUBATAN Cawangan Mansurah akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi untuk panduan umum dan untuk kepentingan perpaduan ahli PERUBATAN Cawangan Mansurah.
Saya telah mendengar kenyataan daripada kedua-dua pihak hasil daripada kejadian yang berlaku. Pihak Sito mengaku telah mengugut untuk melakukan kekerasan kepada saudara Hanif Mahamud pada 6/3/2010 hari Jumaat malam Sabtu antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi.
Pada kejadian itu, saudara Hanif Mahamud telah berjanji untuk tidak menyebarkan perkara tersebut kerana perkara itu telah dianggap selesai, dan mereka juga telah bermaaf-maafan. Tetapi saudara Hanif Mahamud telah mengadukan kejadian itu kepada beberapa kawannya, yang menyebabkan isu ini kembali timbul.
Disebabkan kejadian itu, pelbagai salah faham dan fitnah-menfitnah timbul. Jadi saya menyeru kepada seluruh ahli PCM untuk merujuk hanya kepada kenyataan rasmi dari PCM sahaja bagi memastikan tidak timbul salah faham terhadap kejadian ini.
Saya juga menyeru kepada ahli-ahli PCM supaya tidak mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan berhubung dengan kejadian ini kerana ditakuti ianya mengandungi fitnah kepada mana-mana pihak yang akan menjejaskan perpaduan antara kita semua.
Sehubungan ini, saya memberi amaran kepada pembuat blog yang terlibat supaya menutup blog dengan segera. Ingatlah bahawa kita adalah hamba ALLAH dan ALLAH Maha Melihat segala perbuatan kita.
Akhir kata, marilah sama-sama kita jauhkan unsur-unsur perpecahan dan fitnah. Jauhkan dari berburuk sangka antara satu sama lain dan hindarilah dari menjadi agen-agen membawa fitnah dalam masyarakat. Sempena peperiksaan yang semakin hampir, marilah semua berusaha menuju kejayaan dan kecemerlangan bersama.
“ ILMUAN BERBAKTI TEGUH SEHATI “
“ Cintakan Rasulullah Pemangkin Biah Solehah “
Yang menjalankan amanah :
Muhammad Ikram bin Ishak,
Pengerusi
PERUBATAN Cawangan Mansurah 2009/2010
link : http://ibnuirfadzil.blogspot.com/2010/03/kenyataan-rasmi-presiden-perubatan_25.html
Post a Comment