Sebuah rompakan yang berjaya menghilangkan RM 319.3 juta, boleh dikatakan sebagai rompakan yang paling hebat di dunia. Iaitu seramai 80 orang lelaki bekerjasama membuat terowong sejauh 80 meter, berkeluasan lebih 1 meter, dan sedalam 4 meter di bawah tanah, kuat dengan kayu-kayu yang dijadikan tiang.
Terowong ini berjaya menembusi bilik kebal yang menempatkan berjuta-juta wang di sebuah Bank di Brazil Bukan itu sahaja, terowong ini dilengkapi dengan sistem penyaman udara dan lampu bagi menerangi keseluruhan terowong ini.
Macam dalam cerita Prison Break! Memang sebijik macam tu. Cuma cerita Prison Break menceritakan tentang banduan yang mengorek terowong untuk melepaskan diri dari penjara.
Sebelum membuat "korekan", mereka telah menyewa satu unit rumah kosong yang terletak dua blok dari bank berkenaan sebelum mengubahsuainya menjadi sebuah kedai yang menjual rumput tiruan dan hiasan.
Ini kerana, tanah yang mereka angkut keluar dari terowong tersebut akan di"longgok"kan di ruang kedai tersebut. Orang lain tidak akan mengesyaki apa-apa kerana kedai tersebut adalah kedai rumput tiruan dan hiasan. Bahkan, lori yang mengangkut tanah tersebut pun dilihat sebagai perkara biasa.
Korek punya korek selama 5 bulan, akhirnya mereka sampai betul-betul di bawah bilik kebal tersebut pada 6 Ogos 2005. Lalu mereka meledakkan satu letupan khas yang berjaya melubangkan lantai konkrit setebal 1.1 meter dan dilapisi oleh lapisan besi.
Polis Fortaleza percaya kumpulan perompak berkenaan mengambil masa lima bulan untuk menggali terowong terbabit dan menghabiskan masa mereka di dalamnya, termasuk dengan tidur di situ.
Menurut Dannes, anggota polis yang menyiasat kes ini berkata, "kumpulan perompak itu dipercayai mengambil masa dua hari untuk memindahkan semua duit yang disimpan dalam bilik kebal bank berkenaan dengan nilai AS94.3 juta (RM319.3 juta), dan jumlah keseluruhan duit yang dirompak mencecah berat anggaran 3.5 tan"
Sehingga kini kes berkenaan masih dalam penyiasatan berikutan kegagalan pihak berkuasa mengesan dalang utama yang merancang rompakan ‘bersejarah’ itu yang dipercayai dilakukan oleh Paulo Sergio.
Bagaimanapun, 59 suspek ditahan setakat ini selain penemuan dua mayat lelaki yang mati ditembak iaitu Luis Fernando Ribeiro, 26, pada 20 Oktober 2005 dan Evandro Jose Das Neves, pada 3 Oktober 2006.
Kedua-dua lelaki yang ditemui mati itu dipercayai antara perancang utama rompakan itu dan sehingga kini hanya AS$7.88 juta (RM26.68 juta) berjaya ditemui. Terlalu sikit jika hendak dibandingkan dengan jumlah kehilangan asal.
Cuma, apa yang hendak saya pesan ialah, gunakanlah kemahiran yang ada untuk jalan kebaikan. Berapa ramai hacker di dunia yang kerjanya merosakkan PC orang, atau menjahanamkan web orang lain. Muhasabah bersama..
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment