Baru-baru ini (tidak diketahui tarikh) berlaku satu penangkapan dengan hanya mengesannya melalui Facebook. Pasquale Manfredi 33 (menggelar dirinya sebagai scarface), seorang pembunuh upahan mafia ditangkap oleh pasukan Polis Itali yang juga peminat Facebook.
Dia diburu selama setahun untuk membantu siasatan atas dua insiden pembunuhan dua samseng. Tetapi berjaya dikantoikan dengan facebook sepertimana yang akan diceritakan selepas ini.
Bapa dua orang anak itu didakwa menjadi dalang pembunuhan dua samseng yang menjadi pesaingnya, Carmine Arena yang dibunuh pada Oktober 2004 dan Pasquale Tripaldi pada 2005.
Menggunakan peralatan pemantauan elektronik yang sofistikated, pihak polis berjaya mengesan Manfredi di sebuah pangsapuri di Isola Capo Rizzuto berhampiran Crotone di selatan Itali.
Manfredi menggunakan nama Georgie dan gambar poster filem Scarface di laman Facebook. Polis percaya dia menerima arahan berkod melalui laman tersebut selain berhubung dengan beberapa gengster lain.
Lebih 200 rakan samseng itu di Facebook kini diteliti polis bagi mengetahui sama ada mereka terlibat dengan aktiviti mafia. Ya, Facebook berjaya mengkantoikan team samseng yang minat perisian ini. Oleh itu, kepada samseng-samseng, takyah dok guna facebook. Nanti kantoi.
Teringat juga, kadangkala akhawat kita begitu "seronok" menyimpan gambar mereka di dalam Facebook. Kalau gambar tak tutup aurat, takyah dok upload. Konon ada password, orang lain tak leh tengok.. Ya ke? Ingat susah sangat ke nak hacker?
Saya memang tak pandai hacker. Tapi hacker ni ramai. Habis kantoi la gambar-gambar yang tak elok tu. Semoga maruah anda terjaga. Kalau rasa Facebook ini menyebabkan maruah anda tak terjaga, lebih baik tak perlu. Lihat pada keperluan.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
0 comments:
Post a Comment