11 April 2010

Pemuda 18 Tahun Menipu Sehingga Disangka VVIP

Lagi satu kes pelik wal ajaib plus ubi kentang goreng. Seorang remaja berumur 18 tahun menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah. Dia telah menggelar dirinya sebagai Tuan Muda, dan membuat surat dengan ber"letterhead"kan istana.

Dengan hampehnya, dia berjaya memperdayakan Ketua Pengarah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, dan beliau diletakkan sebagai VVIP.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritenden Zulkifli berkata di satu sidang media,

“Kes pertama berlaku pada 14 Mac lalu apabila suspek membuat lawatan di Kem PLKN Kampung Hijrah dan kedatangannya disambut meriah dalam satu majlis khas disertai seorang Exco negeri"

“Kes kedua pula di Kem PLKN Cahaya Gemilang pada 5 April lalu apabila suspek bersama komandan kem berkenaan menyambut ketibaan Ketua Pengarah PLKN di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah sebelum dibawa ke kem itu untuk satu majlis khas”

Bertambah hampeh apabila pemuda tersebut diberi penghormatan ketika berada di kem, untuk menyemat tanda nama pelatih PLKN yang kebiasaannya dilakukan Ketua Pengarah PLKN di samping dipakaikan uniform khas tertera gelaran Tuan Muda.

Bagaimanakah pemuda ini terkantoi? Salah seorang pelatih kem berkenaan mengecam wajah pemuda ini sejak kecil lagi, yang turut menjadi rakan baik ketika belajar di sekolah sama di Bera. Lalu, Pelatih tersebut mendedahkan perkara ini kepada pihak kem sebelum polis menerima aduan daripada pihak istana pada 8 April lalu.

Pada jam 5.30 petang (kelmarin), pemuda yang mengaku sebagai Tuan Muda ini ditangkap di sebuah rumah di Pekan.

Tak hairanlah, pemuda ini juga merupakan pelajar pintar di sekolahnya apabila memperoleh 9A dan 1B dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang keputusannya diumumkan baru-baru ini.

Sehingga kini, polis masih lagi dalam proses menyiasat tujuan pemuda ini melakukan demikian. Ambillah pengajaran. Macam-macam kes tipu. Fikir-fikirlah sendiri. Dunia ini penuh dengan tipuan. Kita ia adalah orang yang hebat, rupa-rupanya tin kosong. Inilah perumpamaan yang dirasakan agak sesuai. WaLlahua'lam.


REMAJA terbabit (duduk tiga dari kiri) dilayan bagai tetamu kehormat pada majlis penyampaian pangkat kepada pelatih di kem PLKN Cahaya Gemilang, Cherating


BERANI... Superitendan Zulkifli menunjukkan gelaran Tuan Muda yang tertera pada pakaian seragam PLKN lelaki yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang pada sidang akhbar di Kuantan semalam.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

1 comments:

al-hakim on April 11, 2010 at 11:41 AM said...

Assalamualaikum. Ini baru kes terpencil yang melibatkan PLKN. Seorang budak telah menipu sebuah jabatan kerajaan. Pada saya, tidak hairanlah kalau negara kita pun mudah ditipu oleh pihak luar yang memusuhi kita disebabkan sesetengah pemimpin yang besikap seperti 'ubi kentang'. Akibat harta, pangkat dan kepentingan diri, negara dan rakyat ditipu. Fikir-fikirkan..

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal