03 April 2010

Remaja Maut Ketika Upacara Menghalau Hantu


GEORGETOWN, Guyana 3 April - Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mati selepas jiran dan paderi tempatan cuba merawatnya yang mengalami kekejangan dengan menjalankan upacara menghalau hantu di sebuah gereja.

Polis Guyana semalam berkata, mereka sedang menyiasat kes berkenaan.

Sangeeta Persaud dikatakan mengalami kekejangan selepas minum teh ketika bersarapan di rumah neneknya di Canal Number Two, kata neneknya kepada Stabroek News dan Guyana Chronicle.

Wanita itu memberitahu, jiran mereka datang untuk membantu dan seorang paderi meyakinkan bahawa cucunya terkena rasukan syaitan.

Selepas mencuba menghalau syaitan itu di rumahnya, nenek Sangeeta dan beberapa saksi mengatakan, jiran membawanya ke gereja, di mana paderi dan pembantu di situ menggosok perut serta memberikan cucunya minuman jus limau nipis.

Remaja itu akhirnya dibawa ke hospital dan mati di situ, kata Komander Polis, Colin West, semalam.

Keputusan autopsi awal tidak memberi sebarang kesimpulan dan tiada sesiapa yang ditahan namun West berkata, polis sedang meneruskan penyiasatan.

Ia masih tidak jelas mengapa remaja itu tidak segera dibawa berjumpa doktor.

Paderi itu mengetuai pengebumiannya kelmarin dan ibu bapa serta saudara remaja berkenaan menjerit menuduh antara satu sama lain, lapor Stabroek News.

Pada masa sama, paderi berkenaan dilaporkan mempertikaikan kenyataan berita berhubung apa yang berlaku, tetapi tidak menyebut bahagian mana yang dimaksudkannya tidak tepat.

Akhbar melaporkan, remaja itu tinggal bersama neneknya di sebuah rumah satu bilik dan ibu bapanya bercerai. - AP

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal