02 April 2010

Robot Jadi Pelayan Di Bangkok


Pemilik restoran, Lapassarada Thanaphant memegang hidangan untuk pelanggan di premisnya di Bangkok semalam.


BANGKOK - Sebuah restoran makanan Jepun, Hajime yang baru dibuka di sini menarik perhatian ramai orang apabila empat robot ditugaskan untuk menjadi pelayan.

Pemilik restoran itu yang merupakan seorang wanita tempatan, Lapassarada Thanaphant berkata, dia membelanjakan sebanyak 30 juta baht (RM3.02 juta) bagi membuka restoran tersebut termasuk membeli robot berkenaan dari Jepun.

Pelanggan boleh memesan makanan yang dikehendaki dengan menekan skrin sentuh pada monitor di setiap meja mereka sebelum makanan tersebut dihantar oleh robot. - Agensi

p/s : Alhamdulillah, kalau nak tahu, apa yang saya dengar, kebiasaannya pelayan-pelayan restoran di Bangkok hanya memakai coli dan seluar dalam. Kita sama-sama doakan agar semua restoran yang macam ni menggunakan khidmat robot.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal