15 April 2010

Sepasang Kekasih Bertopeng Menang Judi RM 64.5 Juta


Lagi berita yang tak best. Sepasang kekasih yang memenangi hadiah loteri terbesar di Israel tampil untuk menuntut wang kemenangan berjumlah AS$20 juta (RM64.5 juta). Cuma, apa yang ajaibnya mereka ini, mereka datang membuat tuntutan tersebut dalam keadaan bertopeng.

Kenapa pakai topeng encik? Kami pakai topeng sebab takut kena samun, atau dirompak, atau dan atau.. Eh takut jugak ye.. Habis, dosa berjudi tu tak takut pulak ye.. Apa nak dikira, depa bukan Islam pun..

Yela yela.. depa bukan Islam.. Eh, jangan ingat judi ni orang bukan Islam je main, orang Islam pun ramai yang main. Nama je Islam, buat malu je.. Tapi yang peliknya, tak pernah pun saya dengar orang Malaysia menang loteri sampai RM64.5 juta.

Entah. Saya tak pasti rekod tertinggi menang judi di Malaysia. Atau ramai yang rugi? Cuba bayangkan, nak letak nama untuk nombor ekor pun pakai duit. Menang belum tentu. Ni la orang kita.. Tak pernah saya dengar orang kaya dengan hasil judi. Kecuali tokey judi, yang komfim kaya.

Tapi, bila tengok cerita di Israel ni, nampak macam kaya. Tapi hidup terancam. Terpaksa pakai topeng. Buatnya kalau tengah jalan balik rumah nanti kena samun.. Kan susah hidup.. Udah-udah le.. buat rugi je judi-judi ni. Lebih baik berkebun, makan dapat, hidup senang, pahala pun dapat..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal