13 April 2010

Terkini 11.34 pm : Kita PMRAM!! - Presiden


Terkini, setelah ucapan setiap Badan Pengurus PMRAM, tibalah akhirnya masa ucapan penutup oleh Presiden PMRAM 2009 sendiri. "Ana memohon maaf sekiranya belum cukup kriteria pimpinan idaman antum.." Itulah antara kalam beliau.

Beberapa wasiat yang beliau sampaikan ialah :

1. Biarlah kita bekerja untuk Islam kerana kefahaman, bukan semangat semata-mata

2. Biarlah kita menjadi orang yang banyak bekerja dan memberi, janganlah kita menjadi orang yang banyak bercakap dan meminta.

3. Kita hendaklah waqafkan diri kita untuk Islam

Beliau menukilkan lagi..

Antara kelemahan yang menghalang jalan pejuang ialah malas, penakut dan kedekut..

Tiada had masa sebagai seorang pejuang. Sekiranya kita hanya memikirkan perut kita semata-mata, tiadalah bezanya dengan binatang.. Akhlak seorang muslim ialah memperjuangkan Islam.. bukan untuk dirinya, sebaliknya untuk Allah.

Kadangkala kita merasakan pesaing kita kuat, padahal mereka tidak kuat. Sebaliknya ia disebabkan "kita yang lemah".. Kita malas.. kita penakut, kita kecut.. Inilah sebabnya.

"Terima kasih kepada semua aktivis-aktivis PMRAM!" kata beliau lagi.

Khas buat isteri tercinta.. "Terima kasih kepada isteriku, kerana sanggup meminjamkan saya untuk PMRAM".. Kata beliau.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal