Disiarkan di dalam Wikipedia Versi Bahasa Melayu berkenaan dengan salah seorang pengguna internet yang telah menyiarkan bahan-bahan karut di dalam web tersebut. Pengguna tersebut bernombor IP 219.95.158.237, dan karutannya telah diberi amaran pada jam 11.30 malam, pada 10 April. (baru sekejap tadi).
Apabila saya cek, mendapati bahawa orang yang bernombor IP ini berada di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Bukanlah tujuan saya untuk mengaibkan sesiapa, tetapi sekadar memberi peringatan kepada semua. Kadangkala ayat-ayat yang kurang enak yang kita hantar dalam shoutbox atau dalam ruangan komen, hakikatnya diketahui.
Admin boleh mengetahui cara untuk mengesan mereka, atau mengetahui kedudukan mereka. Teknologi ini sudah digunapakai di seluruh dunia. Adakalanya "anonymous" cukup kerap digunakan untuk menghantar ayat-ayat mencarut. Hasilnya dia telah membuka pekung di dada. Semoga kita berlapang dada, dan membetulkan kesilapan-kesilapan sendiri.
Saya juga tidak ketinggalan untuk memohon maaf kepada semua, sekiranya terdapat perkataan-perkataan yang kurang enak, yang ditulis oleh saya sebelum ini. Saya akan berusaha membetulkan kesilapan itu. Sila tegur sekiranya diri ini silap.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
p/s : Saya baru sahaja membetulkan beberapa perkataan yang kurang enak di dalam artikel sebelum ini. Saya memohon maaf di atas sebarang kekasaran. Sekiranya masih terdapat lagi, sila maklumkan di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment