03 June 2010

Berita 8.25 am Dari Gaza - Mini Pavilion

08.25 pagi, Mesir/Palestin : Dilaporkan semalam bahawa Pihak Berkuasa Israel akan membebaskan delegasi sukarelawan armada pembebasan dari Palestin 1948, Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948, Muhammad Zaidan(رئيس لجنة المتابعة العربية لعرب 48), Hamad Abu Daibs(عضو اللجنة) dan Lebna Musarawah salah seorang aktivis hak asasi.

Bagaimanapun, pembebasan empat sukarelawan Palestin itu tidak pasti sama ada dengan jaminan atau syarat lain.

Menurut berita Al-Jazeerah sebentar tadi Israel belum membebaskan kesemua delegasi Palestin 1948. Sementara itu, pasukan peguam Palestin menyifatkan cara tahanan dan siasatan ke atas mereka dari awal hingga akhir tidak bersandarkan undang-undang.

Laporan wartawan Al-Jazeerah dari penjara Israel di bandar Askalan(Ashkelon) tempat tahanan empat sukarelawan Palestin yang dikerumuni polis-polis dan badan perisikan Israel bagi menghalang rempuhan pelampau Yahudi.

Sebentar tadi, sekumpulan pelampau Yahudi, seorang darinya telah mencerca Nabi Muhammad SAW. Lantas, polis Israel menghalau pelampau itu.

Di hadapan bangunan penjara Askalan, langkah keselamatan turut diperketatkan kemungkinan berlaku pertempuran selepas pembebasan Syeikh Raed Salah dan sukarelawan Palestin yang lain.

Palestin yang ditangkap atas tuduhan, antaranya:

> Menggunakan senjata.

> Cuba memasuki zon tentera(kawasan tertutup di bawah kuasa tentera).

> Penduduk Negara Israel yang cuba memasuki Gaza(Status Palestin yang ditangkap adalah warganegara Israel) iaitu kawasan yang dilarang bagi penduduk Israel.

> Menimbulkan bahaya kepada keamanan Israel.

> Bersekongkol dengan jenayah berikutan konvoi armada pembebasan yang menyalahi undang-undang.

> Dan beberapa lagi tuduhan. Sehingga kini, perkara yang berkait belum jelas. Sumber berita Al-Jazeerah

06.35 pagi, Makkah(berita ringkas) : Tiga buah pesawat Turki yang membawa 466 aktivis/sukarelawan telah mendarat di bandar Istanbul, Turki termasuk 9 jenazah sukarelawan Turki yang dibunuh komander tentera laut Israel dalam serangan ke atas armada pembebasan.

Ketibaan mereka disambut secara rasmi dan gilang-gemilang. Setibanya mereka dipintu ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, mereka terus mengkritik dan mengutuk keras Israel dan Amerika Syarikat. Sebagaimana disebutkan, mereka dilayan dengan buruk oleh Israel. Sumber web berita Al-Jazeerah

Sukarelawan Malaysia:



Berita Semalam, Majlis Hak Asasi Manusia mengutuk keras serangan Israel ke atas armada pembebasan.

Majlis Hak Asasi Manusia Antarabangsa itu juga telah mengeluarkan ketetapan bagi mengadakan siasatan antarabangsa berhubung serangan berdarah terhadap armada pembebasan. Ketetapan tersebut disepakati 37 buah Negara anggota Majlis Hak Asasi asal dari 47 buah dan tiga buah Negara lagi membantah ketetapan itu, terutamanya Amerika Syarikat. Manakala, beberapa buah Negara yang lain ada yang tidak dibenarkan menyetujui dan membantah.

Berikutan itu, Presiden Venezuela, Hugo Chávez mengutuk Amerika Syarikat seolah-olah menyokong tindakan Israel. Sumber berita Al-Jazeerah

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal