JAMIL KHIR (kiri) dan Mashitah (kanan) beramah mesra dengan wakil-wakil media pada Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Kuala Lumpur semalam.
Kerajaan Pantau 6,000 Pelajar
Oleh HISHAM IDRIS
hisham.idris@kosmo.com.my
KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengakui bimbang kemungkinan segelintir daripada 6,000 pelajar Malaysia di luar negara terutama Mesir terlibat dengan kegiatan militan.
Justeru, pihaknya meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan pelajar terbabit terutama yang mengambil jurusan agama.
"Pemantauan lebih ketat dilakukan melalui khidmat pegawai-pegawai yang ditempatkan di kediaman pelajar. Kita bimbang ekoran pendedahan terbaru oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mengenai gerakan terbaru Jemaah Islamiyah (JI).
"Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat jihad yang tinggi tetapi apa yang kita khuatir semangat itu disalah tanam oleh pihak-pihak tertentu," katanya selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Menteri Bersama Media di Muzium Kesenian Islam di sini semalam. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Ulasan Sikit..
1. Saya ingin bertanya,.. kenapa angka mahasiswa di Mesir ini seramai 6000? Mengikut kiraan saya, setakat ini bilangan mahasiswa perubatan seramai 3200 orang, dan mahasiswa pengajian Islam seramai 5000 orang (link). Seperti hendak ingin menujukan kepada sesuatu.. Di Mesir sahaja sudah lebih daripada 8000 orang. Pelik.. pelik. Macam nak tuju kepada "sesuatu".
2. Militan ada kat Mesir? Entah .. kalau nak kata IM, takda rupa militan pun. Entah.. tak pasti militan jenis apa yang wujud di sini.
3. Pegawai negeri ditugaskan memantau kegiatan militan di kalangan ahli? .. berita ni macam lawak.. Silakan pantau.. sila-sila..
4 comments:
Salam,saya rasa 6000 tu bukan di Mesir, tetapi 6000 pelajar di luar negara TERMASUK Mesir. Mcm tu la kot yg saya paham, maaf kalo salah tafsir ye.wslm :/
En khairi n En Jamil bawak Militan umno kat pelajar mesir.....
salah tulis nombor tu.. kan ramai pelajar perubatan yg "terawang-awang" statusnya pada KPT..
aku rasa gerakan baru tu pasal kes bdk2 ISMA yg kena tangkap baru2 ni kot.
Mesti polis mesir dah report kat polis msia.
ISMA kan mengaku ada hubungan yg erat dengan IM sini.
Post a Comment