17 June 2010

Kenyataan Rais Yatim : Benarkah Blogger Benar-benar Bebas?


Rais: Dua juta blogger bukti media Malaysia bebas

Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa di Malaysia bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.

Rais berkata Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.

"Ini tidak termasuk IPTV (Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya.

Perkembangan itu jelas menunjukkan media massa di negara ini tidak terhad seperti yang didakwa Freedom House dan ia hanyalah satu "laporan kerusi selesa", kata Rais.

Bagaimanapun, katanya, pengamal media masih lagi perlu memastikan setiap kandungan yang ingin disiarkan mematuhi undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ini keran

a kebebasan media massa berbeza-beza mengikut negara dan bergantung kepada undang-undang serta etika yang telah ditetapkan.

"Media sebagai alat sebaran am sama ada elektronik dan media cetak tidak mempunyai kebebasan mutlak tetapi tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang negara sedia ada.

"Semua badan penyiar sama ada milik kerajaan atau yang swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan kandungan laporan mematuhi undang-undang dalam membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab," kata Rais.


p/s : Benarkah blogger benar-benar bebas sepertimana yang didakwa?

1 comments:

Seri on June 18, 2010 at 10:29 PM said...

kebebasan berblogger bukan bererti kita sewenang-wenangnya boleh menulis rencana yang tiada kesahihan buktinya. terlebih-lebih lagi kalau ia berkenaan keperibadian seseorang, hal-hal mengenai keselamatan negara atau rencana yang boleh menimbulkan provokasi.

haruslah kita fahami blog adalah satu instrumen yang amat berkesan dalam penyampian berita kerana ia boleh di akses oleh sesiapa saja di internet.

ingatlah kebebasan yang terlampau tidak akan membawa apa2 kebaikkan, samaada kepada kita atau kepada negara. ini jelas apa yang telah berlaku di negara2 sebelah barat.

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal