04 June 2010

Manisnya Kenangan Bersama Masyaikh Qurra'

Oleh : Ridzuan Adzemi (link)

Masyaikh Qiraat Shoubra


Persiden PMRAM 2010 bersama Masyaikh Qiraat


Permata di Bumi Shoubra





Temu ramah bersama Presiden PMRAM 2010


Semalam (3 Jun 2010) PMRAM cawangan Shoubra telah menganjurkan satu Program yang dinamakan Haflah Takrimul Qurra'. Program ini telah berjaya mengumpulkan Masyaikh Qurra' seramai 10 orang termasuk Naib Mudir Maahad Qiraat Al-Azhar Shoubra. Tahniah kepada Adhoc program dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Satu program yang cukup bermanfaat kepada mahasiswa dan mahasiswi yang mendalami ilmu Qiraat. Ucapan yang sungguh mengetuk pintu hati para qurra' bagi sesiapa yang menghayatinya.

Setiap masyaikh yang bercakap mewasiatkan kepada semua supaya bertaqwa kepada Allah s.w.t. menjaga serta mengamalkan Al-Quran yang dibaca & dihafal.. Allah...Cukup susah untuk kita semua istiqamah takut kepada Allah s.w.t. Mulut kata takut, anggota lain tidak menunjukkan rasa takut kepada Allah s.w.t. Apatah lagi untuk beramal dengan apa yang dihafaz.

Mungkin sebagai kesimpulan daripada kalam-kalam masyaikh bolehlah merujuk buku Adab Hammalatul Quran (At-Tibya) karangan Imam Nawawi kerana ucapan masyaikh kebanyakan menceritakan tentang Al-Quran.

Tahniah kepada semua yang menjayakan program ini. Juga kepada BP PMRAM yang hadir.. Ustaz Shahrizan, Ustaz Azlan, Ustaz Adlan, UstazHuzaifah, Syeikh Mujahid serta beberapa orang mantan BP..

Kalau ada rakaman ucapan Masyaikh saya akan publiskan disini. Sahabat-sahabat bolehlah mendengar sendiri ucapan daripada mereka..

6 comments:

dr.muslimah on June 5, 2010 at 8:15 AM said...

penat tau jadi adhoc mufaja'ah..jam 12 baru habis wat keje..nasib baik ustaz2 syubra ni bagus2 n kreatif2, sama-sama membantu kami..3 orang akhawat perak (adhoc mufaja'ah untuk persiapan)..2 lagi johor..kenangan last kot..

Pena Daie on June 5, 2010 at 5:27 PM said...

Jazakumullah atas bantuan dan pertolongan kalian dalam menjayakan Haflah Takrim al Qurra'. Hanya Allah yang mampu membalasnya.

Pena Daie on June 5, 2010 at 5:56 PM said...

Rakaman ucapan dan amanat para masyaikh di Haflah Takrim al Qurra'.
Lihat di sini http://liqa-mahabbah.blogspot.com/2010/06/rakaman-kalam-taujihat-masyaikh-al.html

bosz on June 5, 2010 at 10:37 PM said...

org perak memang bagus la bagi bantuan last minit...sayang org perak... org johor pon sama..untung sapa dapat org johor yg baik hati...

Ibnu Ir Fadzil on June 5, 2010 at 11:36 PM said...

Kalau suami isteri orang Perak, dapat anak pun orang Perak, lagi bagus.. hehe..

Pena Daie on June 6, 2010 at 1:02 AM said...

Amboi3...
Dah jauh sangat dah pegi tu.
Tak tercapai akal hamba nak memikirkannya..he3

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal