04 June 2010

Nukilan Buat Saudara Se"Islam"ku Di Palestin

Oleh : Amin Menulis (link)


Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum w.b.t.

Buat saudaraku di Palestin, begitu juga Konvoi Kemanusiaan Flotilla yang diserang, ingatlah bahawa kami bersama kalian. Jangan sedih, jangan kecewa jangan ditangisi mereka yang telah pergi kerana pemergiaan mereka mendapat syurga dan syahid di sisi Allah s.w.t.



Maaf kerana aku tidak bersama kalian, maaf kerana aku tidak dapat mempertahankan kalian, maaf kerana diri yang kerdil ini hanya mampu berdoa setiap kali selepas solat dan ketika sujudku. Maaf wahai saudaraku, apa yang aku mampu hanya memboikot barangan, facebook, dan hanya mampu membaca berita dan memerhati setiap tragedi yang terjadi.



Sekadar Doa Qunut Nazilah yang mampu ku lafazkan di rakaat terakhir setiap kali solat.


Maafkan Aku juga kerana tidak dapat turun ke jalanan menyatakan rasa kemarahan aku yang tidak tertahan, jika diikutkan hati mahu saja aku mengebom dan menghancurkan Israel dan sekutu-sekutu mereka laknatullah.



Maafkan aku wahai saudaraku, aku takut di akhirat nanti kalian akan menyoal dimana aku ketika kalian dicabul, dibunuh dan dirampas hak sebagai seorang saudara seagama.

http://farm1.static.flickr.com/214/522254460_0684e4a440.jpg

Aku takut Palestin akan menyoal "Aina Antum Ya Kaum Muslimunnn!!!"

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal