02 June 2010

Penerangan Tentang Palestin Oleh Mini Pavilion PMRAM Di Tanta


Sumber (link)

TANTA, 31 MEI – Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud “sesiapa yang tidak mengambil berat tentang hal orang muslimin, dia bukan dikalangan kami”.

Dengan berpandukan hadis Nabi ini, maka Pmram Cawangan Tanta (PCT) telah mengambil inisiatif dan penuh rasa sensiviti telah mengadakan solat hajat dan qunut nazilah serta penerangan isu semasa di Bait Izzah mengenai Konvoi Bantuan Palestin yang sedang menghadapi situasi yang mencemaskan di perairan Gaza.

Program yang bermula selepas maghrib itu, telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan kerana sifat sensiviti yang ada pada mahasiswa tanta samada dari pengajian islam mahupun perubatan.

Solat hajat telah diadakan pada dua tempat, di masjid sebelah markaz dan di Bait Izzah kerana kehadiran mahasiswa yang ramai dari pihak ikhwah mahupun akhawat.

Saudara Ilyas Yusop telah mengimamkan solat hajat tersebut dan seusai dari solat hajat itu, majlis diteruskan dengan penerangan isu semasa yang disampaikan oleh Saudara Abd Muin Abd Manan selaku wakil Mini Pavilion (MAP) PMRAM yang dijemput khas dari PMRAM PUSAT.

Saudara Abd Muin menerangkan serba sedikit kronologi peristiwa yang mencabar hak-hak kemanusiaan yang dilakukan oleh puak zionis yahudi terhadap rakyat Palestin.

Tambah beliau lagi, tujuan Konvoi Bantuan Palestin adalah untuk memberi bantuan kepada rakyat Palestin yang telah disekat dari segala bantuan bukan untuk member ancaman kepada israel. Antara yang terlibat dalam misi itu juga ialah dari wakil NGO-NGO Malaysia dan ahli parlimen Meru, Dr Rani bagi menyertai misi tersebut.

Beliau juga memberitahu, ada juga aktivis-aktivis konvoi tersebut syahid dan cedera parah. Setakat perkembangan terbaru, kapal-kapal tersebut telah ditawan oleh pihak yahudi.

Sebelum beliau mengakhiri ucapannya, beliau sempat berpesan kepada mahasiswa khususnya di Tanta agar mendoakan keselamatan aktivis-aktivis konvoi serta perlu lahirkan sifat sensiviti dalam diri masing-masing mengenai isu Palestin kerana ia adalah isu umat islam sejagat dan sebelum bersurai, mahasiswa disajikan dengan tayangan video rakaman detik-detik cemas aktivis di atas kapal ketika di serang oleh zionis. Program diakhiri dengan solat isyak berjemaah dan qunut nazilah.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal