02 June 2010

Terkini 11.45 pm : 120 Aktivis Yang Dibebaskan Tergendala...

sumber : Minipavilion

11.45 malam, Mesir/Palestin : Menurut wartawan Al-Jazeerah yang berada di jambatan Raja Hussein yang menghubungkan antara Tebing Barat(Palestin) dengan Jordan, bahawa dijangkakan 120 aktivis/sukarelawan yang telah dibebaskan penjajah akan tiba di situ tetapi tergendala di pihak penjajah. Berikutan dinyatakan, akan tiba beberapa jam di jambatan Raja Hussein.

Menurut wartawan Al-Jazeerah, Yaseer Abu Hilalah bahawa pihaknya tidak dapat menghubungi aktivis/sukarelawan itu secara langsung dan nama-nama yang dilepaskan tidak diketahui memandangkan makluman ini hanya disampaikan kepada kedutaan Jordan di Tel-Aviv.

Setakat ini, dari jumlah 120 aktivis yang dilepaskan ada tujuh yang mengalami kecederaan. Sumber berita Al-Jazeerah

22.16 malam, Mesir/Palestin : 120 aktivis/sukarelawan akan dikembalikan ke Negara masing-masing pada malam ini melalui jalan darat, Jordan.

Radio Israel menghebahkan, 120 aktivis itu dari Kuwait, Bahrain, Yaman, Algeria, Indonesia, Oman, Maghribi, Mauritania dan Azerbaijan.

Menurut radio penjajah, polis tentera Israel akan menyerahkan aktivis-aktivis ini kepada Pihak Berkuasa Jordan sehingga dikembalikan ke Negara masing-masing. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal