02 June 2010

PMRAM Cawangan Zagazig Mengutuk Serangan Ke Atas LL4G


Sumber (link)

Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig (DPMZ) dengan ini mengutuk keras tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel yang telah menyerang konvoi 7 buah kapal bantuan kemanusiaan yang membawa muatan 10,000 tan bantuan kemanusiaan serta 700 orang aktivis bantuan kemanusiaan dari seluruh dunia ke Gaza.

Serangan tersebut telah menyebabkan 16 orang syahid. 12 orang rakyat Malaysia dipercayai berada di dalam konvoi tersebut.

Konvoi kapal tersebut kemudiannya dibawa ke Haifa, Israel. Serangan tersebut membuktikan bahawa Zionis Israel merupakan sebuah entiti yang wajib disisihkan oleh seluruh masyarakat dunia.

DPMZ juga menggesa seluruh kelompok masyarakat terutamanya ahli DPMZ untuk memboikot barangan Israel dan negara-negara yang menyokongnya.Semoga seluruh aktivis kemanusiaan yang terlibat diselamatkan oleh Allah SWT dari kekejaman Zionis Israel.Semoga Allah melindungi rakyat Palestin dan memberi bantuan kepada para pejuang rakyat Palestin.

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal