02 June 2010

PMRAM Cawangan Kuala Lumpur Mengutuk Serangan Zionis Israel


sumber (link)

BKAWM sungguh merasa kesal terhadap apa yang berlaku keatas para aktivis konvoi ke Gaza. Kami mengutuk sekeras-kerasnya terhadap rampasan kapal Mavi Marmara oleh Navy lanun Israel yang membawa bekalan bantuan kemanusiaan ke Gaza. Konvoi ini diketuai oleh NGO dari Turki Insani Yardim Vakfi (IHH) dan disertai oleh NGO-NGO Islam seluruh dunia, termasuk NGO haluanpalestin Malaysia, yang diwakili 8 orang.

Sehingga kini, 19 terbunuh dan hampir 30 parah ketika rampasan berlaku. Kenapakah begitu berani pihak lanun Israel menyerang kapal konvoi tersebut, sedangkan mereka tahu, mereka akan dikecam jika menyerang? Seolah-olah ada kuasa yang besar yang akan melindungi Israel, atau sebenarnya mereka sedang mengawal dunia, dimanakah plan perancangan keamanan Barack Obama ? kita tunggu dan lihat, apakah ‘status’ Presiden Obama dalam hal ini selepas pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel esok.

Kami selaku mahasiswa Islam, amat terharu dan memuji tindakan Negara-negara Eropah yang turut bersuara keras mengecam tindakan lanun Israel. Brazil,Sweden, Greece, Spain, Denmark, Norway, Italy, Belgium, France, Germany, Cyprus dan Ireland telah saman kerajaan Israel. Sebahagian Negara eropah yang lain turut mengeluarkan kenyataan mengecam Israel. Mereka bukan Islam, atas dasar kemanusiaan yang murni mereka turut rasa tempiasnya, saya berharap Perdana Menteri dan Kabinet Kerajaan Malaysia akan turut rasa sensitive terhadap isu ini.

Tadi telah berlangsung persidangan tergempar UN Securaty Council membahaskan tindakan yang berlaku, Iran akan menyeru Negara OIC untuk persidangan tergempar, dan selepas ini, bannyak lagi pertemuan tergempar pertubuhan dunia,kerajaan,dan badan bukan kerajaan bagi membahaskan tindakan lanun Israel, kami berharap tindakan sewajarnya akan diambil samada tindakan subversive serangan israel aturan international Law, atau selainnya. Dengan harapan bantuan dapat dikembalikan ke Gaza.

Buat masa sekarang, para peserta konvoi dan kapal-kapal telah dirampas dan dibawa ke perairan Haifa Israel, mereka Berjaya menghalang konvoi dari mendarat ke perairan Gaza.
Pihak BKAWM juga menyeru kepada semua ahli BKAWM dan mahasiswa Islam di bumi Mesir agar melakukan Solat Hajat dan Qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan aktivis konvoi dan rakyat Palestin.

Norhalis Syafiq Ahmad
Ketua unit penerangan
Badan kebajikan anak wilayah persekutuan mesir 2009/2010

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal