02 June 2010

Solat Hajat Dan Qunut Nazilah Di Syoubra


Sumber (link)

Memandangkan kekejaman Rejim Israel terhadap Konvoi Kapal Misi Bantuan Ke Gaza semakin menjadi-jadi, PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa Islam untuk melakukan solat hajat serta membaca Qunut Nazilah memohon kepada Allah SWT supaya memberi keamanan kepada seluruh aktivis Pro-Palestin yang terlibat dalam melakukan misi tersebut.

Semalam (Isnin - 31 Mei 2010 ) menyaksikan ramai umat islam mendirikan solat hajat khas tentang isu ini. DPM (MAQAZ) Shoubra tidak ketinggalan dalam menyahut seruan PMRAM untuk melakukan solat hajat serta membaca qunut nazilah. Solat Hajat ini dilakukan selepas solat maghrib bertempat di markaz DPM (MAQAZ) Shoubra yang diimamkan oleh ustaz Jamal Qurtubi bin Sulaiman. Seusai solat, hadirin di sajikan dengan tayangan palestin yang menginsafkan dan membangkitkan semangat juang dan cintakan palastin.

Huraian dari tayangan tersebut telah diulas oleh mantan BP ustaz Khairul Anuar Mohd Arif semasa tayangan tersebut sedang dijalankan. Majlis berakhir beberapa minit sebelum azan isyak berkumandang. Semua bersurai selepas solat isyak secara berjemaah bersama..

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal