09 April 2010

Ayam Disembelih, Dilemaskan, Pastu Jual Kat Orang Islam


Operasi yang bermula 4 pagi, 8 April, telah mengkantoikan satu kegiatan baru dalam penjualan ayam. Operasi telah dilakukan oleh sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Operasi dijalankan di Pasar Sentul, Kuala Lumpur, ini telah menemui 3 tong yang berisi ayam lemas. Ayam jenis ini dikatakan dilemaskan di dalam tong yang penuh berisi air selepas ia disembelih. Persoalannya ialah, adakah ayam ini mati disebabkan lemas di dalam air? Atau mati disebabkan disembelih?

Tambahan pula di dalam tong tersebut memuatkan puluhan ekor ayam yang berkemungkinan besar kematian ayam tersebut disebabkan lemas, bukan disebabkan sembelih. Selain itu, tempat penyembelihan yang kotor dan menggelikan, membuatkan ke"geli"annya bertambah.

Maka, saya berpesan kepada pembaca supaya berhati-hati ketika membeli ayam sembelih. Pastikan ia disembelih, bukan dibunuh sehingga menjadi bangkai. Tolong pastikan juga tiada kekotoran yang menjijikkan dalam proses tersebut supaya menjamin kebersihan makanan.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal