09 April 2010

Seorang Isteri Cedera Parah Disimbah Dengan Asid


Jam 1 pagi di Felda Bukit Sagu Dua, berlaku satu insiden mengerikan apabila seorang isteri disimbah asid disebabkan menolak kehendak si suami untuk mengadakan hubungan kelamin. Mangsa yang bekerja di Universiti Islam Antarabangsa, Bandar Indera Mahkota ini, berkemungkinan mengalami kecacatan seumur hidup.

Si suami yang baru pulang lewat itu menyimbah isterinya dengan cuka getah sehingga menyebabkan mangsa mengalami cedera parah. Rakan sekerja mangsa membawanya ke HTAA untuk rawatan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 4.30 pagi. Bagaimanapun, suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Panching jam 1.30 pagi.

Link :

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Isteriparah__8216_mandi__8217_asid/Article

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal