09 April 2010

Strategi Perang : Kereta Kebal Tiruan

Beberapa askar mengangkat kereta kebal tiruan di sebuah lokasi di Rusia.

MOSCOW - Sebuah syarikat di Rusia membina jet dan kereta kebal tiruan berskala sebenar bagi mengelirukan pihak musuh dan melindungi keupayaan sebenar ketenteraan daripada dikesan satelit peninjau, lapor sebuah akhbar semalam.

Pesawat dan kereta kebal 'umpan' itu yang dibina firma Rusbal kelihatan seperti sebenar walaupun dilihat dari jarak dekat.

Memiliki berat sekitar 100 kilogram, umpan itu boleh diangkut dengan mudah dan hanya mengambil masa beberapa minit untuk dipasang.

Namun, peralatan tiruan itu mengeluarkan haba seperti peralatan ketenteraan sebenar apabila ia dikesan oleh radar infra-merah.

Susulan permintaan tinggi dari luar negara, Rusbal kini turut menawarkan peralatan tiruan ketenteraan Barat.

0 comments:

Post a Comment

Artikel Popular

Dairy

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal