gambar hiasan
12.15 tadi saya dikejutkan dengan panggilan telefon oleh Yang Dipertua KPIPM, tentang kemalangan yang berlaku di Hayyu Zohor, atau berhampiran dengan Imarah Syurtah. Sebuah motor hancur relai, dan mangsa ketika itu mengalami cedera parah, dan ketika ini ambulan dalam perjalanan ke hospital.
Pada jam 12.45 tadi, telefon berbunyi lagi, mengesahkan bahawah beliau sudah meningggal dunia. Sekarang ini YDP sedang berurusan dengan pihak polis untuk membuat laporan, dan Presiden PMRAM dalam perjalanan untuk menguruskan jenazah.
Antara yang berada di tempat kejadian, Ustaz Muhammad Amin bin Abd Rahman, Timbalan YDP. Saya tidak dapat ke sana kerana terpaksa memberikan pembentangan di Damanhur. Jam 12.35 tadi, saya tiba di bumi Damanhur.
Sama-sama kita doakan supaya Roh Allahyarham, Muhammad Hafizul Husna, dirahmati Allah SWT. Sebarang laporan, atau berita yang lebih tepat, sila rujuk dalam web PMRAM dan KPIPM, selepas ini, insya Allah. Sama-sama kita doakan untuk roh Allahyarham.
1 comments:
Ya Allah..junior skolah menengah sye nih..thnks atas beritanye..jazakallahulkhair.
Post a Comment