15 April 2010

Tony Blair Akan Ziarah Malaysia Pada 24 April Ini


Siapa tak kenal Tony Blair? Malaysiakini menjawab "Blair boleh disamakan seperti seorang "penjenayah perang". Satu berita hangat yang menyebabkan 50 NGO Malaysia bersuara..

Sebuah syarikat yang beribu pejabat di Singapura menjemput "penjenayah perang" tersebut untuk datang berceramah kongres perniagaan di Kuala Lumpur, 24 April ini. Amacam? Tony Blair ziarah kita.. ?

Setiausaha kehormat Pertubuhan Perdana Global Peace, Zulaiha Ismail yang mewakili semua NGO berkenaan berkata,

NGO itu bersama-sama membuat bantahan mengenai jemputan tersebut termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Belia 4B Malaysia, Persekutuan Persatuan Kwong Siew Malaysia, Viva Palestina Malaysia dan Yayasan Perang Penjenayahan Kuala Lumpur.

Katanya lagi

"NGO di Malaysia, ahli dan penyokongnya simpati dengan rakyat Iraq kerana penaklukan keutuhan negara mereka oleh pasukan multinasional yang diketuai Amerika Syarikat dan United Kingdom dan terpaksa menanggung kesengsaraan teruk terutamanya wanita dan kanak-kanak,"

Beliau berkata lagi,

NGO itu berharap penganjur menarik balik jemputan kepada Blair sambil menambah petisyen dalam talian www.perdana4peace.org telah dibuka dan setakat ini 2,800 tandatangan individu telah diterima.

Amalan ziarah menziarahi ni bagus.. Cuma.. kita ni yang perlu giatkan lagi untuk sebarkan dakwah. Lihat apa yang dilakukan oleh orang lain.. Mereka bersungguh-sungguh memperkenalkan tokoh idaman mereka. Kita bagaimana? Dr Yusof al Qardhawi pun, orang Islam sendiri yang dok hina beliau..

Syeikh Ali Jum'ah.. siapa yang hina beliau? Orang Islam jugak.. Dr Ahmad Tayyib .. orang Islam jugak yang dok hina beliau.. Dulu Syeikh Tantawi RA jadi bahan mulut orang-orang Islam sendiri.. Ya, orang Islam hari ini, nak tunjuk hebat. Ulama' sendiri pun dikutuknya.. Ni ka orang Islam yang dikatakan umat yang terbaik?

Sedang sibuk hina menghina sesama umat Islam, musuh Islam berusaha untuk menaikkan "ulama" mereka.. Hampeh.. Kalau nak tengok umat Islam hari ini jatuh, gaduh la lagii.. Tapi jangan risau, Islam akan diperjuangkan oleh umat yang lain.. sekiranya kita sendiri yang sudah tidak mahukan Islam..

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

0 comments:

Post a Comment

 

Ibnu Ir Fadzil Copyright © 2009 Gadget Blog is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal