09.27 malam, Mesir/Palestin : Menurut Pertubuhan Pembebasan Sekatan dari Eropah bahawa nasib sebahagian dari aktivis/sukarelawan masih tidak diketahui. Sumber web berita safa.ps
07.48 malam, Mesir/Palestin : Ismail Haniah, Perdana Menteri Palestin, Gaza menyeru kepada Menteri-menteri Luar Arab agar datang Ke Semenanjung Gaza dan mengumumkan bahawa sekatan ke atas Gaza telah berakhir. Sumber web berita safa.ps
07.34 malam, Mesir/Palestin : Menurut Khalid Zubariqah, peguam kepada Syeikh Raed Salah, Ketua Gerakan Islam 1948(garisan hijau) bahawa Pihak Berkuasa Israel telah memutuskan untuk membebaskan Syeikh Raed Salah pada jam 10 pagi, Khamis.
06.12 petang, Mesir/Palestin : Dalam persidangan khas parlimen Knesset(Israel), dilaporkan beberapa ahli parlimen Israel yang berhaluan kanan cuba menarik Hanin Zo'bi turun dari rostrum ucapan ketika sedang memberikan penjelasan mengenai serangan berdarah ke atas armada pembebasan. Beliau turut dihalang dari meneruskan ucapannya, malah dikecam keras anggota Knesset Yahudi dengan caci-maki, antaranya Hanin dituduh 'pengkhianat'.
Dalam perjumpaan khas itu, anggota-anggota Knesset Arab Palestin, Jamal Zuhaliqah dan Muhammad Barkah tidak dapat menyampaikan ucapan kerana cengkaman dan pemulauan dari anggota Knesset Yahudi yang menyifatkan 'pertubuhan bantuan kemanusiaan' dengan 'keganasan'.
Berikutan itu, mencetuskan ketegangan dan perdebatan berapi antara anggota Knesset Arab Palestin dengan Israel.
Demikian itu, beberapa anggota Knesset Yahudi, antaranya Silvan Shalom dan Yunal Hasun mendesak supaya Hanin Zo'bi dihalau ke Gaza, malah dilucutkan warganegara Israel.
Yunal menyatakan dia tidak mahu Zo'bi terus menetap di tanah jajahan 1948 tanpa diletakkan apa-apa syarat. Selain itu, Yunal juga meminta supaya lucutkan status diplomasi Hanin Zo'bi sebagai hukuman.
Hanin Zo'bi salah seorang yang menyertai armada pembebasan. Beliau ahli parlimen yang mewakili sebuah parti Arab Palestin di Israel, dan juga menganggotai parlimen Knesset. Baru-baru ini beliau dibebaskan serta-merta dari tahanan kerana status diplomasi. Sumber berita Al-Jazeerah dan web berita safa.ps
0 comments:
Post a Comment